|
Judul : Meniti Jalan Hadapan Pengarang : Norziati Mohd Rosman Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Novel Mukasurat : 261 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789676122780
Cinta bukan cagaran integriti Yang salah tetap salah meskipun diberi konotasi penuh berhelah.
Insyirah berdepan duga dan rencah apabla terjun ke dunia korporat. Demi mempertahankan prinsip hidup, cinta yang dihulur Syahran tidak bersambut lalu membiarkannya mencari erti harapan yang tergantung
Sehingga suatu ketika dia bertanya kepada diri : Apakah dia mampu membuka hati yang masih kosong?
NOVEL Meniti Jalan Hadapan yang mengungguli tempat ketiga kategori novel remaja HSKU 2008 memaparkan tema kemelut rasuah dalam dunia korporat.
Melalui watak utamanya Insyirah dibangkitkan semangat keutuhan dan jati diri dalam mempertahankan prinsip dan integriti dalam kerjaya.
Insyirah yang tersepit akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya di sebuah syarikat keselamatan kerana mahu mempertahankan prinsip untuk tidak menerima rasuah.
Atas kekecewaan itu, Insyirah juga tidak rela gejala itu berleluasa dan meruntuhkan umat manusia.
Insyirah ditampilkan sebagai lambang wanita berperibadi mulia dan berdaya saing, khususnya dalam dunia korporat yang didominasi oleh lelaki.
Karya ini menyajikan maklumat tentang rasuah dari sudut pengertian, sejarah dan kesannya dengan bersandarkan nilai Islam dan tafsiran al-Quran.
Karya yang informatif ini bermanfaat kepada golongan remaja sebagai persediaan untuk menghadapi alam kerjaya yang mencabar.
Meskipun subjek rasuah boleh dikatakan di luar linkungan remaja namun melalui teknik persembahan yang mudah serta mesra pembaca subjek ini dapat didekatkan kepada golongan ini.
Melalui ketiga-tiga novel pemenang HSKU 2008 ini, jelas menunjukkan ia membawa aspirasi anak muda bestari dan mampu meningkatkan keupayaan modal insan.
Bahkan turut menjadi wadah menyatukan bangsa Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya serta menjadi acuan kepada model remaja yang ingin kita ciptakan.
Sumber - Utusan Malaysia
|