|
Judul : Mentari Mediterranean Pengarang : Amiza Khusyri Yusof Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd Genre : Kumpulan Cerpen Mukasurat :133 halaman Cetakan Pertama : 2011 ISBN : 9789673621224
Kandungan
Ustaz
Dia, Salehuddin 21
Salju Jabal Musa
Bintang Seorang Rafik
Cinta Daerah Menoufia
Gadis Kecil Kota Kaherah
Mentari Mediterranean
Hikayat Nenek
Ibtisam Syawal
Yang Tercinta
PengemisTua di Masjid Hussein
Sejadah
Mihrab
Mimbar
Semarakkan Cinta
Kasad
Kesemua 16 buah cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini berjaya menggarap tema agama dengan berkesan dan telah pun terbit di media perdana Malaysia seperti Berita Harian dan Mingguan Malaysia sejak 2003 lagi. Kumpulan cerpen ini melambangkan perjalanan penulisan penulis muda ini sejak mula berkecimpung dalam dunia sastera Melayu.
Amiza bijak mengadun intelektualiti, kreativiti, sensitiviti dan estetika. Kesemua ini turut memberi impak yang menyeluruh apabila disepadukan dengan tugas dan peranan sebagai khalifah Allah.
Cerpen-cerpennya turut memperkasa syariat Islam secara bersahaja namun dengan sopan sehingga mesejnya berupaya meresap ke kalbu. Hal ini terasa sedemikian kerana Amiza melontarkan persoalan-persoalan yang intim dengan pembaca, seperti hal mendidik anak, cara-cara mengambil wuduk dan bersolat jemaah; keikhlasan bersedekah dan keakraban ahli keluarga terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Tema dan persoalan tersebut dimainkan oleh watak-watak yang berampai. Amiza menyorot tokoh pejuang Islam, bekas pejuang bangsa, imam, datuk, pendidik, pelajar, rafik, petani, pelancong, pengemis, penjual tisu dan anak nakal.
Sebagai penulis muda yang kreatif, Amiza turut berjaya memanipulasi pengetahuan dan kemahiran berbahasa sebaik-baik munglcin. Bahasa Melayu dan Arab dianyam dengan rapi demi memberi tenaga dan keindahan jalinan dalam karya kreatif beliau ini.
|