0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Sejarah

Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata

Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata
Judul : Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata
Harga :
RM75.00
Nombor siri : 4141127
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Natrah - Cinta, Rusuhan, Air Mata
Pengarang : Fatini Yaacob
Penerbit : Penerbit UTM
Genre : Sejarah
Mukasurat : 473 halaman
Cetakan Pertama : 2010
ISBN : 9789835207297


Buku ini berkisarkan kisah Natrah atau nama sebenarnya Nadra Binti Ma'aruf atau Huberdina Maria Hertogh atau Bertha, anak Belanda. Beliau menjadi anak angkat kepada ibu Melayu yang bernama Che Aminah bind Mohamad yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama Mansor Adabi, 22 tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil Inggeris.

Kesnya menjadi terkenal apabila berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh akhbar propenjajah ketika itu.

Sebelum ini buku ini berbentuk tulisan kewartawanan berasaskan penyelidikan di perpustakaan dan di lapangan dan diterbitkan selama empat bulan melalui majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBF) pada bulan Februari, Mac, April, dan Mei 1989.

Kini kisah Natrah ini dirakamkan kembali dalam bentuk buku dengan gaya penulisan kewartawanan kreatif, kerana empat sebab yang utama:

Pertama:   Untuk melengkapkan kisah hidup atau biografi Natrah setelah beliau meninggal dunia pada 8 Julai 2009.

Kedua:    Untuk memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang baru mengikuti kisah Natrah.

Ketiga:     Untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang membela agama dan menentang penjajah, di sebalik kisah cinta Natrah - Mansor.

Keempat: Untuk membangkitkan rasa cinta kepada agama, bangsa dan tanah air.



Kandungan

Prakata   
Kata Pengantar Tun Daim Zainuddin   
Kata Pengantar Tan Sri Adam Kadir   
Kata Pengantar Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang   
Penghargaan   
Penghargaan kepada Institusi   

BAB 1  Lahir di Bandung   
BAB 2  Dari Tanah Melayu ke Tanah Jajahan   
BAB 3  Nikah di Singapura, Gempar di Belanda   
BAB 4  Natrah Kahwin, Akhbar Gempar   
BAB 5  Karim Ghani Ketuai Jawatankuasa Bela Natrah 
BAB 6  Perbicaraan Tuntutan Hak Penjagaan Natrah
BAB 7  Keputusan Perbicaraan   
BAB 8  Natrah di Gereja dan Provokasi Akhbar   
BAB 9  Dato' Onn Kecewakan Tunku   
BAB 10  Rusuhan!   
BAB 11  Dilarikan ke Belanda   
BAB 12  UMNO dan Rusuhan   
BAB 13  Insan Belanda Berhati Mulia   
BAB 14    Mansor Adabi Bernikah
BAB 15    Terpenjara di Belanda
BAB 16    Kahwin untuk Keluar Rumah
BAB 17    Bertemu Vermeulen dan Akhbar
BAB 18    Luka Lama Berdarah Kembali
BAB 19    Bercerai dengan Wolkenfelt
BAB 20    Mencuba Nasib di Amerika
BAB 21    Kembali ke Kemaman
BAB 22    Berakhir Penderitaan
BAB 23    Bahagia Akhimya

Bibliografi
Indeks