0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UKM

Novel Intertekstual Melayu

Novel Intertekstual Melayu
Judul : Novel Intertekstual Melayu
Harga :
RM60.00
Nombor siri : 4141129
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Novel Intertekstual Melayu
Pengarang : Mawar Shafei
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 493  halaman
Cetakan Pertama : 2010
ISBN : 9789679429206


Novel Intertekstual melayu antara lain membincangkan salah satu bentuk kreativiti kepengarangan Melayu. Ia adalah hubungan antara teks yang wujud dalam pembikinan novel Melayu. Penulisanya menggariskan empat rumus utama bagi memperagakan hubungan itu. rumus berkenaan adalah hubungan novel kajian dengan teks tradisional, teks awal pengarang sendiri, teks awal pengarang lain dan teks bukan kreatif. Aplikasi kajian ini menumpukan ke atas novel yang dihasilkan di Malaysia, Indonesia dan SIngapura. pengarang yang difokuskan adalah Anwar Ridhwan, Putu Wijaya dan Suratman Markasan. Empat novel Anwar Ridhwan yang dimanfaatkan dalam penulisan ini ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, Di Negeri Belalang dan Naratif Ogonshoto.

Bagi kajian kesusasteraan Indonesia, novel Perang, Lho, Telegram dan Nyali karya Putu Wijaya dianalisis. Novel Suratman Markasan pula ialah Tiga Lelaki, Ada Jalan Keluar, Subuh Hilang Senja, Penghulu yang Hilang Segala-galanya dan Di Bumi Mana. Di samping tiga pengarang utama ini, beberapa pengarang lain dibincang sama dengan novel masing-masing. Bagi Malaysia mereka adalah Mohd. Nasir Zainal Abidin (Saksila Lekir), Azizi Hj. Abdullah (Seorang Tua di Kaki Gunung), A. Samad Said (Hujan Pagi) dan Zaharah Nawawi (Panglima Salleh Selempang Merah). Sementara Indonesia ialah Marah Rusli (Sitti Nurbaya), Trisnoyuwono (Pagar Kawat Berduri), Pramoedya Ananta Toer (Keluarga Gerilya) dan Hamka (Tenggelamnya Kapal Van der Wijck). Pengaran Singapura yang dijuruskan adalah Harun Aminurrashid (Jong Batu atau Anak Nakhoda Manis), Muhammad Ariff Ahmad (Syarifah), Mohammed Latiff Mohamed (Batas Langit) dan Isa Kamari (Satu Bumi).


Kandungan :

Senarai Jadual / Rajah
Prakata

Bab 1  Tradisi Kesusasteraan Melayu
Bab 2  Teori Intertekstualiti
Bab 3  Novel Intertekstual Melayu Malaysia
Bab 4  Anwar Ridhwan dan Novel Intertekstual
Bab 5  Novel Intertekstual Indonesia
Bab 6  Putu Wijaya dan Novel Intertekstual
Bab 7  Novel Intertekstual Singapura
Bab 8  Suratman markasan dan Novel Intertekstual
Bab 9  Novel Intertekstual Melayu : Malaysia, Indonesia dan Singapura
Bab 10 Novel Intertekstual dan Kreativiti Pengarang Melayu

Rujukan
Lampiran
Indeks


Mawar Shafei, PhD, pensyarah kanan di Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menulis rencana akademik, beliau juga menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen.