0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UKM

Pakai Patut Melayu

Pakai Patut Melayu
Judul : Pakai Patut Melayu
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 4141124
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Pakai Patut Melayu
Pengarang : Mohd Said Sulaiman
Penerbit : UKM
Genre : Esei
Mukasurat : 110 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789679428001




    Pakai Patut Melayu, sebuah karya klasik yang boleh menjadi panduan tertib pakaian Melayu terutamanya yang dipakai di Johor. Buku ini menampilkan perkembangan reka bentuk persalinan, lelaki dan perempuan sama ada cara gaya pakaian biasa; pakaian Kehormatan Barat; pakaian kanak-kanak mahupun pakaian istiadat.

    Semasa hayatnya, Mejar Dato' Haji Mohd said Haji Sulaiman (1876-1955) sering kali memupuk minat yang tinggi dalam dunia penulisan dan banyak menghasilkan pelbagai jenis rencana. Atas kegigihannya juga beliau berterusan menulis sehinga berjaya melahirkan lebih daripada 88 buah buku dalam pelbagai tema. Pakai Patut Melayu yang asalnya diterbitkan dalam tulisan Jawi pada 1931M/1349H, bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu, kini diterbitkan semula secara bersama dengan versi Rumi.

    Karya ini sedikit sebanyak menyumbang dalam membina korpus ilmiah serta mengembalikan semula kegemilangan penulis dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang yang suatu ketika dahulu amat disegani ketokohannya sebagai seorang pengkarya dan pentadbir di Johor. Jasa-jasa beliau yang amat berpengetahuan luas, tetap dikenang dan disanjung oleh ekrajaan Johor. Beliau telah dianugerahi bintang kebesaran, antaranya Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) dan Darjah Kerabat Johor (DK) iaiatu suatu anugerah penghormatan tertinggi dariapda D.Y.M.M. Sultan Ibrahim. Di samping itu, beliau juga menyandang pangkat Mejar kerana penglibatannya dalam Johor Military Force.

MEJAR DATO' HAJI MOHD SAID HAJI SULAIMAN adalah seorang pengarang buku tersohor di Johor. Beliau juga ada seorang tokoh ilmuan yang berkaliber, khususnya dalam memperlihatkan keistimewaan dan keunikan cara berpakaian orang Melayu zaman silam.