|
Judul : Pendeta Gua Khayalan Pengarang : Masdalifadzlie M. Saaid Penerbit : PTS Fortuna Sdn Bhd Kategori : Fiksyen Inspirasi Mukasurat : 241 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789675136412
Pendeta Gua Khayalan amat menarik terutamanya bagi mereka yang meminati penulisan genre fantsai. Ia menguja imaginasi sebagai karya sulung daripada trilogi Kembara Lang Surya yang hebat ini.
Odetakhun Jundak: Meskipun karya pertama, namun Masdalifadzlie M. Saaid mempamerkan bakat yang luar biasa selari dengan anugerah yang pernah diraih iaitu pemenang Cereka Sains Kebangsaan 1996 (anjuran UKM) dan 2005 (anjuran Karyanet/DBP)
Odetakhun Jundak: Beliau menghasilkan sebuah kisah pengembaraan karya yang imaginasi, yang menepati ciri-ciri fantasi tinggi. Novel ini satu bacaan yang perlu bagi peminat fantasi.
- Ahmad Patria Dato' Abdullah : Penulis Saga Artakusiad.
Bahagian pertama untuk trilogi KEMBARA LANG SURYA
“Salam ke atasmu, insan maujud ciptaan Tuhan. Segala pujian tertinggi buat Tuhan yang mencipta alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan Dialah pemilik pertemuan antara kita berdua.”
“Aku berharap agar dikau sudi mendengar legenda jagaanku, sebagai hadiah daripada seorang teman. Legenda ini tersimpan lama dalam khazanah pengetahuanku, namun masih belum usang untuk kuturunkan kepadamu. Legenda ini adalah legenda bangsaku, juga legenda tanah airku.”
Tentang kembara seorang anak di alam yang amat asing. Tentang pencarian si ayah yang telah hilang tanpa berita. Tentang dugaan dan pengalaman yang menakjubkan.
Kembara Lang Surya menampilkan elemen-elemen nusantara yang amat kuat seperti tatabicara, pakaian, ukiran dan senibina. Sebuah karya fantasi yang amat kuat untuk membina pengaruhnya sendiri.
Kami jemput tuan-tuan untuk mengembara bersama.
|