0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Che Husna Azhari

Sains dan Teknologi Alam Melayu KN

Sains dan Teknologi Alam Melayu KN
Judul : Sains dan Teknologi Alam Melayu KN
Harga :
RM150.00
Nombor siri : 4858116
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Sains dan Teknologi Alam Melayu (EDISI KULIT NIPIS)
Ketua Editor: Che Husna Azhari
Penerbit : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM
Genre : Esei
Mukasurat : 384 halaman
Cetakan Pertama : 2009
ISBN : 9789832457091

EDISI KULIT NIPIS


Suatu hasil gerakan tajdid Islam tahun 70-an ialah terbukanya tirai wacana pembinaan semula ilmu, khususnya korpus ilmu yang melangkau dan berpengaruh, iaitu ilmu sains. Cendekiawan Muslim seperti Nasr (1976), Al-Attas (1990) dan Al-Faruqi (1988) di antara yang mempertikaikan keabsahan praksis asas sains Barat, serta mengemukakan dialektif alternatif, iaitu sains Islam. Penilaian falsafah Barat bukan sahaja mempersoalkan kaedah yang digunakan tetapi paling mustahaknya, epistemologi ilmu itu sendiri. Sumber unggul ilmu Islam terwahyu, ialah apa yang Allah SWT perkenan untuk dibukakan kepada manusia serta apa yang mampu ditanggapkan mereka. Hierarki perolehan ilmu ini tidak wujud dalam epistemologi Barat. Cendekiawan Muslim sedar pentafsiran semula apa yan gdianggap sah sebagai ilmu sains bukan sahaja untuk memulih kecelaruan epistemologi tetapi suatu pemahaman bagaimana ilmu tersebut telah dijadikan idealogi menindas yang menafikan tanggapan realiti berbeza, khususnya realiti Islam. Penafian tanggapan ini adalah penekanan mutlak, lebih menekan daripada imej sains yang berkecuali lagi objektif tajaan Kuhn (1970) atau diktum Bacon (1968) bahawa ilmu itu kuasa atau pencabulan teknologi atau kawalan polis anjuran-negara.

Penyelidik teknologi Melayu berpendapat kajian teknologi Melay adalah penyumbang utama kepada korpus ilmu sains Melayu, terungkap secara cendekianya dalam bahasa Melayu berasaskan kaca mata Melayu. Ini bukan bermaksud kita menganuti kedaerahan dalam pembinaan ilmu tetapi mengambil iktibar daripada bukti sejarah bahawa kemaraan negara terindustri adalah melalui kekautan sains watan. Untuk menjadi pencetus perkembangan teknologi hakiki dan perkembangan teknologi dan industri dalam acuan sendiri, saintis watan mesti merintis pemikiran sains beracuan pandangan serta pengalaman kolektif watan. Maksud pewatanan ilmu ialah pengungkapan dan pentafsiran ilmu dalam kosmologi tempatan, melahirkan falsafah dan epistemologi ilmu khususnya sains dan teknologi berdasarkan nilai dan pemikiran sendiri.

Insentif untuk ahli sains, teknologi dan jurutera khasnya cerdik pandai amnya, meneliti menyelidik serta menterjemah teknologi watan di Alam Melay adalah eceran daripada gagasan yang lebih besar, iaitu mentakrif ilmu sains dan teknologi dalam acuan sendiri. Langkah pertama penerokaan ialah pentafsiran dan penampilan semula latar warisan ilmu yang diperoleh daripada Eropah Barat selepas Perang Dunia Kedua. Penyelidik teknologi Islam dan teknologi Melayu menghadapi beberapa cabaran; yang utama ialah memperakui bahawa paradigma teknolgi Melayu memang wujud, perlu dikaji, adalah asas korpus ilmu sains dan teknolgi dalam Bahasa Melayu dan penting kepada kewujudan negara-bangsa yang berjati diri lagi berdaya maju.

KANDUNGAN

Senarai Penyumbang - Latar Diri
Pembuka Tirai : Kerangka Intelektual (Che Husna Azhari)

1, Pemikiran Saintifik (Abdul Latif Samian)
2. Kepustakaan Sains (Mohammad Alinor Abdul Kadir)
3. Kuman (Wan Mokhtar Wan Yusoff & Aidil Abdul Hamid)
4. Ukuran dan Sukatan (Abdul Razak Salleh
5. Kebijaksanaan Tempatan : Manfaat Lingkungan (Hermayulis, Che Husna Azhari, Frengki Hardian & Kamarul Aziziz Kosman)
6. Ragam Hias Wau Cantik (Kamarul Afizi Kosman)
7. Pandai Busana Baju Kurung (Haziyah Hussin)
8. Pandai Bunyi Angklung Maya (Salina Abdul Samad, Aini Hussain, Che Husna Azhari & Mohd Ridzuwary Mohd Zainal)
9. Kincir Air Melayu (Che Hassan Che Haron & Gusri Akhyar Ibrahim)
10. Bilah Kers (Mariyam Jameelah Ghazali, Mohd Zaidi Omar & Azman Jalar)
11. Peranti Pengubatan (Che Husna Azhari)
12. Tanggam (Mastor Surat & Rosdan Abdul Manan)

Gloasari
Indeks