|
Judul : Seni Muzik Keroncong Pengarang : Ariff Ahmad Penerbit : UKM Genre : Esei Mukasurat : 253 halaman Cetakan Pertama : 2001 ISBN : 9679425479
Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabial ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamela, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya.
Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad.
Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B.J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A.H., Riyanto dan ramai lagi.
ARIFF AHMAD, Ph.D. adalah karyawan tamu di Unit Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selama empat dekad beliau mengabdikan dirinya kepada dunia seni selama berkhidmat di Radio Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Suka, Universiti Malya, ITM dan kini di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menjadi pensyarah, Ariff Ahmad juga giat menerbitkan album dan filem untuk Radio Malaysia, Filem Negara dan Universiti malaya. Antara lain, beliau telah menerbitkan album sulung gesekan biola solo Hamzah Dolmat, album Gamelan Malaysia dan album Keroncong Selangor.
|