|
Judul : Silir Daksina Pengarang : Nizar Parman Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Novel Mukasurat : 289 halaman Cetakan Pertama : 2010 ISBN : 9789676124098
Pemenang Kategori Novel Remaja Tempat ke # 2 Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009
Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesungguhpun Haiqal tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa kepada penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam. Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke kampung halaman arwah ayahnya. Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.
|