|
Judul : Terminus A Quo Pengarang : Raihani Mohd Saaid Penerbit : Rumah Buku Rania Genre : Kumpulan Sajak/Puisi Mukasurat : 87 halaman Cetakan Pertama : 2011 ISBN : 9789834472610
Sajak-sajak di dalamkumpulaninidibahagikankepada 5 tema. Terdapat sajak Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan HadiahPuisi Esso-GAPENA.
Senarai puisi 1.Ad Hominem 2.Ad Hominem II 3.Mimpi Yang Menghukum 4.Janji Si Muda Lela 5.Bahasa Si Muda Lela 6.Aksara Muda Jauhari 7.Muda Jauhari 8.Nikmat Tak Tersukat 9.Bejat Dan Bebat 10. Daun Emas Taman Kirana(Sempenapelancaran Logo Panggung Negara) 11. Hipogram 12. Penulis Tua Berusia 21 Tahun 13. Nouveau Psycho 14. Fait Accompli 15. Demarche 16. Terminus A Quo 17. Jebat Dan Edmond Dantes (Setelah menonton The Count Of Monte Cristo) 18. Luka Seorangperan (Selepas menonton ‘’Petua Perkahwinan’’) 19. Muda Jauhari II (Selepas menonton The Graduate) 20. Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang 21. Sajak Untuk Ram 22. Wajah Layarku 23. Robin Dari Loxley 24. Robin Dari Loxley II 25. Selepas Membaca Tawfik Al-Hakim 26. Penaka Debu Maya 27. Katakan Padaku,Juwita 28. Istana Kemerdekaan 29. Taming Sari II 30. Sajak Anum Kepada Jebat 31. Sajak Jebat Kepada Anum 32. Merdeka Dang Anum 33. Nota Tahun Baru Anum 34. Kota Anak Generasi 35. Mungkin Ini Kata Tun Besar 36. Seorang Tun Fatimah Berbicara 37. Dialog Tun Biajid 38. Tun Hamzah Dan Hamlet 39. Malam Terakhir Nadim 40. Lakon Layar: Hizairi 41. Negeri Itu, Antonius 42. Hikayat Si Gondol 43. Ramalan Oedipus 44. Puan Macbeth 45. Rumah Melaka :4 Episod (Buat Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain) 46. Subuh Merah 47. Setelah Menukang Badrul Bambi 48. Nyanyian Dayung Perahu 49. Tahfifah 50. Hujung Lidah 51. Matahari Di Tangan Jimmy 52. Memilih Hari Mencintaimu
Saya selalu berpesan kepadanya,(dan kepada kawan-kawan seangkatan dengannya) dunia penulisan bukanlah sungai yang sentiasa tenang, airnya juga tidak selalu jernih. Lapangan penulisan ini, seperti bidang lain juga penuh ranjau dan duri, jadi bersedialah untuk menghadapi pergolakan dan kekeruhan. Menulislah dengan niat untuk beribadat dengan menyampaikan sesuatu yang baik untuk masyarakat - Prakata Dr. Zurinah Hassan
Memasuki ke dalam puisi - puisi Siti Raihani Mohd Saaid semakin tidak mudah apabila seseorang pembaca terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan bahasa, keluasan sensitiviti bahkan kecerdikan naluri.Tanpa persediaan intelektual sedemikian, puisi- puisi Siti Raihani Mohd Saaid sering dipandang amat rendah tingkat komunikatif disebabkan kerendahan tingkat pancaindera kita sebagai pembaca." Roslan Jomel.
Beliau membuktikan bahawa untuk menjadi penulis tidak perlu jadi pelik, skema, jiwang atau antisosial. Kalau semua orang kenal Raihani Mohd.Saaid, semua orang mahu jadi penyair!" -Nissa’ Yusof
|