0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UKM

Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden

Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden
Judul : Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 4141128
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden
Pengarang : Zurinah Hassan
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Umum
Mukasurat : 265 halaman
Cetakan Pertama : 2010
ISBN : 9789679429268




  Penggunaan unsur alam amat penting dalam proses kreatif seorang penyair. Unsur alam seperti laut, gunung, langit, awan, bulan, hujan, kabus, sungai, pelbagai jenis haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya sering digunakan clalam puisi Melayu baik puisi moden mahupun puisi tradisi.

Ternyata alam sangat penting clalam puisi dan penciptaan puisi. Proses kreatif penyair Melayu telah berlaku melalui proses interaksi, interpretasi dan integrasi dengan alam. Interaksi bermaksud penyair berkomunikasi, bercakap dan bertindak balas dengan alam. Interpretasi bermakna penyair mentafsir setiap objek alam sebagai membawa makna yang lebih besar, manakala integrasi membawa maksudpenyair menganggap alam adalah sama dan menyatu dengan dirinya.

 Penyair Melayu telah membentuk ribuan metafora daripada unsur alam ini bagi membawa makna tertentu dan menyampaikan maksud puisi. Misalnya, sungai membawa pengertian perjalanan hidup manusia, gunung membawa makna hasrat atau cita-cita yang tinggi, pepohon rendang untuk membawa pengertian perdamaian dan kasih sayang, hujan bermaksud rahmat dan kesuburan. Unsur alam yang digunakan dalam puisi adalah terlalu banyak dan pelbagai. Buku ini mengupas penggunaan alam dalam puisi.

 Kandungan buku ini dapat dijadikan panduan untuk memahami penggunaan perlambangan metafora, simile dan personifikasi dalam puisi Melayu, khasnya puisi moden (sajak).

Zurinah Hassan, Ph.D adalah seorang sasterawan yang amat prolific dalam pelbagai genre sastera termasuk cerpen, puisi, dan novel. Sebelum ini pemenang Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 ini pernah menulis Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi (Penerbit UKM: 2003). Buku ini memenangi hadiah Anugerah Buku Perpustakaan Negara (2004) dan Anugerah Hadiah Sastera Perdana (2004) kategori buku biografi terbaik.



Kandungan

    Prakata
BAB 1    Kreativiti dan Penyair
BAB 2    Alam Tumbuh-tumbuhan
BAB 3    Alam Haiwan
BAB 4    Alam Laut dan Lautan
BAB 5    Unsur Waktu (Peredaran Hari)
BAB 6    Alam Pancaran Ilham terhadap Alam

Lampiran
Rujukan
Indeks