|
Judul : Warkah Eropah Pengarang : A. Samad Said Penerbit : DBP Genre : Travelog Mukasurat : 235 halaman Cetakan Pertama : 1991 ISBN : 9836221840
Kulit Tebal
Sebuah warkah travelog yang memiliki ciri-ciri karya epistolari, mengandungi surat-surat Sasterawan Negara A. Samad kepada ahli keluarga dan juga sahabat handai. Turut mengandungi koleksi poskad yang dikirimkan kepada sahabat-sahabat penulis dan penggiat sastera pada ketika itu. Buku dalam edisi mewah (coffee table edition) ini sarat dengan foto-foto kembara beliau ke London, Manchester dan Paris pada tahun-tahun 80-an.
Surat-surat yang terkandung di dalam "Warkah Eropah" ini bukanlah surat yang bersifat terlalu peribadi atau intim tentang hubungan keluarga. Paling penting, Sasterawan Negara ini telah membuat catatan-catatan penting tentang sastera dunia khususnya tentang sasterawan dan peristiwa sastera yang berlaku sekitar tempat-tempat yang dilawatinya seperti tulisan beliau dalam kata pengantarnya :
"Sementara saya sendiri tetap saja senang kerana warkah-warkah ini, pada bila-bila masa, akan sentiasa cepat menginatkan saya bahawa suatu ketika saya pernah berada idi sebahagian Eropah, tidak saja merasakan sejuk cuaca dan asing buminya, tapi juga menghayati lembut seni dan bara intelektualismenya."
Melalui warkah-warkah ini, pembaca akan dapat merasakan suasana sebahagian daripada kota-kota Eropah. Beliau bukan sekadar merakam zaman dan suasana melalui foto-foto dan catatannya, malah pembaca akan dapat merasakan gerak nadi dan denyut jantung kota ini serta seperti dapat kembali kepada tahun-tahun itu.
Kandungan :
- Ufuk Nurani - Cenderahati - Debar Pertama - Warkah London 1 - Warkah Paris - Warkah London 2 - Warkah Teman - Indeks
Warkah Eropah ialah suatu pengembaraan intelektual. Diari, surat, catatan dan lakaran tentang pemikir, sarjana, sasterawan dan orang banyak. Juga suara rasa perantau yang rindu, resah, luka dan cemas.
|