0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Lee Keok Chih

2002

2002
Judul : 2002
Harga :
RM15.00
Nombor siri : 1317122
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : 2002
Pengarang : Lee Keok Chih
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 159 halaman
Cetakan Pertama : 2002

Sinopsis :

Puisi pernah diungkapkan sebagai satu bentuk 'kata-kata terbaik di dalam susunan terbaik'. Namun membaca kumpulan puisi 2002 ini memberi satu dimensi yang lain kepada puisi kerana yang diilustrasikan bukan sahaja 'kata-kata terbaik di dalam susunan terbaik' tetapi 'kata-kata terbaik daripada pengalaman terbaik'.

Kumpulan puisi penyair prolifik, Lee Keok Chih ini memberikan satu pewakilan yang jelas terhadap pernyataan di atas. 2002 menghidupkan kreativitinya melalui ruang pengalaman yang bukan sahaja luas dan pelbagai tetapi juga hadir sebagai perenungan terhadap nilai dan kompleksiti yang berlaku di dalam masyarakat. Dengan menimbilkan sketsa-sketsa yang memberi ingatan bening terhadap pengalaman-pengalaman yang dilalui ia bagaikan mencipta semula pengalaman manusia di dalam ruang emosi dan intelektualiti pembaca.

2002 memuatkan sejumlah puisi yang dirangkan kepada 3 fragmen iaitu Sajak-sajak Peribadi, Sajak-sajak Perjalanan dan Sajak-sajak Kehidupan. Ia mengangkat persoalan kehidupan dalam aksi komunikasi minimal melalui metafora-metarora yang digarap indah.

Secara keseluruhannya, 2002 ini memperlihatkan tentang keinginan dan kehendak penyair mempertemukan pengalaman-pengalamannya dengan nilai-nilai tradisi yang luhur dan nilai-nilai individualistik-materialistik metropolitan yang akhirnya menghadirkan kompleksiti-kompleksiti manusia abad ke-21.