|
Judul : 55 Petua Kerja Berpasukan Pengarang : Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar Penerbit : PTS Publications & Distrbutors Genre : Bisnes & Pengurusan - Kepimpinan Mukasurat : 172 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372104
Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang berguna sebagai panduan apabila bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi dan menghadapi konflik
Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting adalah kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan.
Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anda semasa bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi, dan menghadapi konflik. Selain daripada itu, terdapat tiga aktiviti pilihan yang sesuai untuk ?menyegarkan? semangat kerjasama anda dan rakan-rakan.
Sebahagian petua di dalam buku ini diadaptasi daripada buku Mengurus Kerja Berpasukan yang diterbitkan pada awal 2004. Jika anda sudah pun memiliki buku itu, jangan pula rasa rugi memiliki buku ini. Ini kerana, idea-idea itu diolah dan ?dicanai? semula dengan tambahan fakta dan ilmu daripada sumber-sumber lain. Selain daripada itu, buku idea-idea di dalam buku ini disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Tidak sedikit idea-idea baru berdasarkan cerita-cerita benar dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang penglibatan kami dalam bidang pembinaan insan. Apabila ada idea yang sudah anda tahu, anggaplah ia sebagai satu tazkirah. Apabila ada idea baru, anggaplah ia ilmu yang patut dimanfaatkan. Isi Kandungan
Lihatlah di Sekeliling Kita!
Bahagian 1: Bekerja dengan Orang Lain Petua 1 Kerja Berpasukan atau Kerja Berkumpulan Petua 2 Dulu Lain, Sekarang Lain Petua 3 Kerja Berpasukan: Belajarlah daripada Angsa Petua 4 Hadapi Tekanan Bersama
Bahagian 2: Banyak Udang Banyak Garam Petua 5 Pendiam: Air yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya Petua 6 Kera Sumbang dan Si Perahsia Petua 7 Pekak Badak dan Mat Jenin Petua 8 Berdolak-dalik: Ada Sahaja Alasannya Petua 9 Kaki Komplen: Asyik Bising Sahaja! Petua 10 Si Manja dan Buah Betik Petua 11 Agresif dan PBM Petua 12 Pelumba Pecut dan Pengacau Petua 13 Perfectionis dan Ensiklopedia Petua 14 Pesimis dan Prejudis
Bahagian 3: Bina Kebersamaan Petua 15 Kaedah Aur dan Tebing: Tetapkan Keperluan dan Tugasan Petua 16 Hasil MOU Pasukan Petua 17 Bijak Berinteraksi, Bijak Bekerjasama Petua 18 Apa Tugas Kita? Petua 19 Kaedah KAK Petua 20 Wawasan Sama Dipikul, Gagasan Sama Dijinjing Petua 21 3K: Kebersamaan, Kesefahaman, Kebanggaan Petua 22 Satukan Hati Mereka
Bahagian 4: Bina Peranan Bersama Petua 23 Fahami Roda Pengurusan Pasukan Petua 24 Serahkan kepada yang Layak Petua 25 Serahkan kepada yang Layak (2) Petua 26 Serahkan kepada yang Layak (3)
Bahagian 5: Kemahiran Bermesyuarat Petua 27 Cemerlangkan Mesyuarat Anda Petua 28 Matriks Membuat Keputusan Petua 29 Libatkan Semua Orang!
Bahagian 6: Jadi Pasukan yang Kreatif! Petua 30 Buka Pintu Idea, Kalau Tutup Nanti Kepanasan Petua 31 Suis ?Bagaimana Kalau...? Petua 32 Suis ?Bagaimana untuk...? Petua 33 Suis ?Terbalikkan dan Terbalikkan Lagi? Petua 34 Suis ?Masukkan Kegunaan Lain? Petua 35 Suis ?Qiyas?
Bahagian 7: Membina Komunikasi yang Hebat Petua 36 Ikhlaskan Niat dan Sucikan Hati, Ia Terserlah Melalui Kata-kata Kita Petua 37 Kita Semua Sama, Sampaikan Ia! Petua 38 Beri Peluang, Bukan Mengongkong Petua 39 Kaedah A & R Petua 40 Jadi Pemimpin yang Memotivasikan! Petua 41 Serupakan Cakap dengan Bikin
Bahagian 8: Mengagihkan Tugasan Petua 42 Guna Kaedah Siapa Lagi? Petua 43 Kaedah Memotong Kek Harijadi Petua 44 Kaedah Mencari Bayang-bayang Petua 45 Merenjis Air Mawar Petua 46 Turun ke Akar Umbi
Bahagian 9: Mengendalikan Konflik Petua 47 Dengar, Jangan Tutup Telinga Petua 48 Bertenang, Jangan Melenting Petua 49 Padamkan Api Kemarahan Petua 50 Jadikannya Idea Pasukan, Bukan Individu
Bahagian 10: Permainan untuk Kejayaan Petua 51 Carilah Bintang Kesayangan Petua 52 Simbol Pasukan Kita Petua 53 Baguskah Mesyuarat Kita? Petua 54 Masaklah Juadah Kegemaran Kita! Petua 55 Sukan Rasmi Kami!
Penutup Bahan Cadangan dan Rujukan Biodata Penulis
|