|
Judul : 6:20 Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Novel Remaja Mukasurat : 227 Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118974
Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.
Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.
Novel ini memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.
|