|
Judul : A Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia Pengarang : Dinsman Penerbit : Wholesale Mart Genre : Biografi Mukasurat : 47 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9832891450
A Samad Said seniman paling terkenal dan popular di Malaysia. Diminati oleh generasi dewasa dan remaja, oleh peminat seni dan bukan peminat seni. Mengapa? Dan bagaimana dia mencapainya? Adakah kerana dia mendapat anugerah tertinggi dalam bidang sastera? Jawabnya: tidak, kerana hari ini ada enam orang lagi Sasterawan Negara selain dia. Kerana novelnya Salina mendapat pengiktirafan antarabangsa dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia? Atau kerana dia mahir dalam pelbagai genre - novel, puisi, drama, cerpen, esei, kembara; dan dia terus aktif membaca puisi di mana-mana?
Atau kerana waj'ahnya yang unik dengan rambut dan janggut panj'ang memutih? Atau kerana dia suka berjalan-jalan,dan mendekati generasi muda?
Buku ini, menampilkan 44 gambarfoto berwarna (berserta VCD dokumentarinya) menyediakan jawapan kepada soalan-soalan tersebut, di samping mendedahkan banyak lagi 'rahsia' di sebalik kejayaan dan kepopularannya, melalui rakaman kehidupan hariannya selama beberapa hari menjelang usianya 70 dan sesudah itu.
Saksikanlah bagaimana seniman besar ini mengisi waktunya, dari subuh pagi hingga ke lewat malam, dan pelbagai aktiviti menarik.
Kandungan
1. Kampung Belimbing Dalam 2. Membaca, membaca, membaca 3. Glancing, Study dan Leisure 4. Planet Kreatif 5. Seniman urban 6. Macam artis dan VIP 7. Kerana gagap 8. Teh O dan jalan kaki 9. Diari dan seni tulis tangan 10. Usia 70, genting 11. Sebuah catatan 12. Senarai karya (buku)
|