|
Judul : Adat Istiadat Melayu Melaka Editor : Zainal Abidin Borhan et. al Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Genre : Budaya Mukasurat : 196 halaman Cetakan Pertama : 1996 ISBN : 9839915517
Buku ini dihasilkan untuk mendokumentasikan keseluruhan adat istiadat masyarakat Melayu Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) telah mengambil inisiatif menerbitkan buku tersebut. Pada 12-13 Ogos 1995, pihak IKSEP telah menganjurkan satu Bengkel Adat Istiadat Masyarakat Melayu Melaka, khusus untuk memberi kefahaman kepada bakal penyelidik tentang konsep adat dan adat istiadat, di samping melatih mereka kaedah penyelidikan dan penulisan laporan. Pendedahan kepada konsep dan makna adat telah dikendalikan sendiri oleh Profesor Datuk Dr. Zainal Kling di samping Zainal Abidin Borhan sendiri menjelaskan persoalan adat istiadat. Profesor Madya Dr. Norazit Selat pula menghuraikan kaedah penyelidikan, manakala Encik Mohd. Ramli Raman menjelaskan kaedah penulisan laporan. Selain daripada para penyelidik yang telah dipilih, para pengurus adat seperti Tok Sidang dan Penghulu serta Pentadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, juga telah diundang dengan tujuan untuk memberikan kefahaman kepada mereka tentang konsep adat. Di samping bengkel tersebut, beberapa pertemuan di adakan untuk menyemak dan membantu memantapkan penyelidikan serta penulisan laporan para penyelidik.
Kandungan
Adat - Datuk Zainal Kling Adat Istiadat Melayu - Zainal Abidin Borhan Kaedah Penyelidikan Adat Istiadat - Dr Norazit Selat Kaedah Penulisan Laporan Penyelidikan - Mohd. Ramli Raman Adat Istiadat Pada Tahap Kanak-Kanak Dalam Masyarakat Melayu Melaka - Noridah Hj. Katon Dan Low Suan Neo Adat Bersalin Orang Melayu Melaka - Mariah Binti Osman Dan Patimah Ramli Adat Istiadat Perkahwinan Di Melaka - Husin Embi, Drs. Haron Hj. Kidam Dan Hj. Mokhtar Md. Yassin Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat: Adat Naning Melaka - Khairuddin Md. Hassan Adat Istiadat Kematian : Masyarakat Melayu Melaka - Jamal Shah Adat Istiadat Melayu Berdasarkan Takwim Islam - Md. Ali Bin Bachik Perubatan Melayu - Md. Ali Bin Bachik Adat Istiadat Berubat Kampung - Haji Mokhtar Yassin Berbudi Dan Berbahasa - Zaidi Daud Istiadat Bokorjan - Berkerajaan - Zakaria Bin Ibrahim
|