|
Judul : Anak Istimewa Pengarang : K. A. Razhiyah Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kategori : Pendidikan | Pendidikan Khas Mukasurat : 224 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376436
Panduan untuk ibu bapa dan mereka yang mempunyai anak istimewa. Isi buku ini dapat membantu mereka yang saban hari berdepan dengan karenah anak-anak istimewa
Semua kanak-kanak adalah istimewa. Namun, anak istimewa lebih unik daripada kanak-kanak lain kerana mereka memerlukan pendekatan yang spesifik.
Buku ini ditulis untuk mereka yang ingin mengenali dan memahami anak-anak istimewa iaitu keluarga, guru, masyarakat dan khasnya untuk anda sebagai ibu bapanya. Kehadiran anak istimewa memerlukan kekuatan dan ketabahan untuk:
1. Menerima kehadirannya 2. Menyayanginya 3. Dan? mendidiknya.
Sebagai ibu bapa anak istimewa, anda berbeza dengan ibu bapa lain kerana anda lebih kuat, lebih sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak istimewa anugerah Tuhan.
Bukan semua manusia berani dan cekal hati untuk menghadapi kerenah anak istimewa. Anda perlu ucapkan tahniah pada diri anda kerana walaupun sukar, anda berjaya melaluinya dengan penuh yakin dan tabah. Inspirasi dan semangat membantu anda menjadi manusia yang lebih kuat.
?Kanak-kanak memerlukan bimbingan dan simpati lebih daripada arahan? Anne Sullivan (Guru Helen Keller).
Kandungan
Bahagian 1: Mengapa Saya? Bab 1 : Reaksi Pertama Bab 2 : Ujian Tuhan Bab 3 : Apa Harus Saya Lakukan? Bab 4 : Hargailah Kehadirannya Bab 5 : Reaksi Keluarga
Bahagian 2: Siapa Anak Saya? Bab 6 : Pelajari Terminologi Bab 7 : Diagnos Bab 8 : Sosialisasi Bab 9 : Anak Anda di Sekolah Bab 10 : Karier untuk Anak Anda
Bahagian 3: Masalah Spesifik Bab 11 : Bermasalah Penglihatan Bab 12 : Bermasalah Pendengaran Bab 13 : Bermasalah Anggota Bab 14 : Kajian Kes Bab 15 : Kemudahan dan Keistimewaan untuk Golongan Istimewa
Bibliografi
|