|
Judul : Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak Pengarang : Hasan Mohd. Ali Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Kategori : Keluarga & Keibubapaan Mukasurat : 172 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9833603440 (Berat : 250 Harga : 18.00)
Anda mahu anak anda pintar cerdas seperti Albert Einstein? Ataupun seperti Ibnu Sina? Ataupun seperti genius-genius yang lain? Anak pintar cerdas adalah idaman setiap ibu bapa. Tapi bagaimana mahu memiliki anak idaman seperti itu?
Hampir tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak ingin melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang terutamanya dalam bidang akademik. Perkataan top grade students, straight A?s students, top students adalah antara frasa yang diidam-idamkan bukan sahaja oleh ibu bapa malah sudah tentu pada diri pelajar-pelajar itu sendiri. Umum beranggapan frasa-frasa itu hanya dapat berlaku khusus kepada segelintir manusia sahaja. Ada pula yang beranggapan, mereka memang awal-awal lagi tersisih daripada budaya kehebatan dan kecemerlangan itu.
Kajian seluruh dunia yang dibuat membawa seribu harapan kepada ibu bapa tanpa mengira keturunan, latar belakang, kedudukan sosioekonomi dan sebagainya. Pada asasnya kehebatan dan kecemerlangan adalah milik setiap insan. Masalah utama kebanyakan kita tidak mempunyai pendedahan, ilmu dan kemahiran dalam bidang ini. Akibatnya tidak ramai anggota masyarakat yang memberi tumpuan kepada aspek penting ini.
Buku ini adalah percubaan awal bagi meneroka bidang ini. Kebanyakan kajian dan tulisan yang ada disampaikan dalam Bahasa Inggeris yang bagi kebanyakan kita menjadikannya sebagai faktor penghalang. Usaha kecil ini diharap dapat membuka ruang minda masyarakat Malaysia supaya sekurang-kurangnya ia dapat memberi aprisiasi kepada permasalahan ini.
Kandungan
Prakata Bab 1 Pintar Cerdas Bab 2 Fungsi Otak Bab 3 Persediaan Menjelang Perkahwinan Bab 4 Merangsang Janin Semasa Hamil Bab 5 Rangsangan Selepas Kelahiran Bab 6 Rangsangan Melalui Bahan Permainan Bab 7 Rangsangan Melalui Pemakanan Bab 8 Peranan Sekolah Bab 9 Menjadi Ibu Bapa Profesional Penutup Bibliografi Mengenai Penulis
|