Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
1515
Impian Tsu Ryi
Farris Putera Yang Hilang
Odisi Tanah Kencana
Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang
Adat Merentas Zaman
Mencari Locus Standi
Bukan Legasi Lalang
>PTS Publications>Kepimpinan

Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?

Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
Judul : Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
Harga : RM21.00
Nombor siri : 3251143
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
Pengarang : Ahmad Naim Jaafar, Mohd Fadzilah Kamsah
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Bina Diri
Mukasurat : 224  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 983-3372-18-X

Ramai lelaki ingin menjadi gentleman. Golongan wanita pula inginkan lelaki yang gentleman.

Menjadi gentleman adalah tujuan hidup paling akhir dalam mengenal diri sendiri.

Anda perlu berlaku adil kepada diri anda kerana berusaha bagi mengetahui teknik, tips dan cara bagaimana menjadi gentleman.

Selamat datang ke dunia gentleman. Buku ini adalah kod lengkap bagaimana anda dapat menjadi seorang budiman. Pelbagai definisi dikupas bagi mengenalpasti apakah perkara-perkara yang menjadikan individu gentleman?

Dahulu orang percaya ingin menjadi gentleman, anda perlu membaca majalah GQ (Gentleman Quarterly) ataupun berperi laku dengan gaya ala James Bond dengan sut lengkap berlapis-lapis. Di Malaysia kita ada cara kita sendiri. Secara logiknya, kita bukan berada di London ataupun Paris! Tidak ada salji yang sudi turun di Malaysia. Ingat suhu di Kuala Lumpur sekitar 31 hingga 39 darjah celsius. Jadi meniru gaya gentleman ala Bond sebenarnya bukan menjadikan kita gentleman, malah ada kalanya macam rusa masuk bandar.

Kita merasakan apa yang datang dari barat itu pasti bagus. Maka, kita anggap tatacara dan etiket sosial orang barat adalah yang terbaik. Ya, ada banyak yang kita dapat ambil kira kerana ia berguna dan dapat dicontohi, tetapi ada juga yang sama sekali tidak sesuai digunakan di negara kita. Apa yang kami cuba maksudkan adalah definisi gentleman di barat banyak yang tidak bersesuaian dengan tatacara dan budaya kita atas sebab persekitaran.

Buku ini cuba mendefinisikan apakah maksud gentleman pada konteks kita. Ia adalah revolusi yang bakal merubah tingkah laku lelaki berpersonaliti tinggi dan bertamadun. Ia ditulis mengikut nilai dan budaya tempatan yang jelasnya. Apabila dipraktikkan secara mendalam, ia bakal menjadikan individu lebih berperwatakan menarik dan lebih penting gentleman.

Ramai lelaki ingin menjadi gentleman sama seperti ramai wanita menginginkan lelaki gentleman di sampingnya. Apabila ditanya kepada orang ramai berkenaan pendapat mereka apakah yang dimaksudkan dengan gentleman? Ataupun apakah yang menjadikan seorang lelaki itu gentleman? Antara jawapan mereka:

?Lelaki gentleman seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.?

?Dia tahu apa matlamat hidup yang ingin dicapai dan dia bersemangat bagi merealisasikan impiannya, itulah ciri seorang gentleman.?

?Dia banyak bertimbangrasa dengan orang lain.?

?Dia pandai menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.?

?Lelaki gentleman lebih banyak senyap daripada bercakap.?

?Berpakaian kemas dan ada personaliti tersendiri.?


Kandungan


Bahagian 1
Mari Berkenalan dengan Gentleman

Tip 1 Mengapa Perlu Jadi Gentleman?
Tip 2 Melahirkan Gentleman Aspirasi Bersama
Tip 3 Shin Chan Diajar Menjadi Gentleman
Tip 4 Menjadi Gentleman Cara Kita

Bahagian 2
Kebijaksanaan Emosi

Tip 5 Kebijaksanaan Emosi
Tip 6 Keyakinan Diri
Tip 7 Berjiwa Romantik
Tip 8 Tahu Etiket Sosial

Bahagian 3
Model Lelaki Gentleman

Tip 9 Gentleman di Mata Wanita
Tip 10 Dia Seorang yang Sopan

Bahagian 4
Peribadi Gentleman

Tip 11 Nilai Diri Seorang Gentleman

Bahagian 5 Pemikiran Gentleman

Tip 12 Pasti Ada Cara yang Lebih Baik
Tip 13 Lima Cara Gentleman Berfikir
Tip 14 Tingkatkan Pengetahuan Umum
Tip 15 Kecantikan Lelaki pada Pemikirannya
Tip 16 Membaca adalah Kunci Pemikiran Si Bijaksana
Tip 17 Gentleman Sebagai Komunikator Hebat

Bahagian 6 Kod Sosial bagi Gentleman

Tip 18 Sayangi Orang Lain Seperti Kita Sayang Diri Kita
Tip 19 Berfikir Apa yang Kita Suka, Bertingkah Laku Seperti Orang Lain
Tip 20 Makan Apa yang Kita Suka, Berpakaian seperti Orang Lain
Tip 21 Jangan Malu Tidak Bertempat
Tip 22 Mengenali Jalaluddin Hassan
Tip 23 Kemahiran Berbual
Tip 24 Mengendalikan Mesyuarat
Tip 25 Berjenaka
Tip 26 Mudah Mesra
Tip 27 Tampakkan Wajah Penuh Senyuman
Tip 28 Nasihat dengan Bijaksana
Tip 29 Selalu Bersetuju
Tip 30 Jangan Suka Berdebat
Tip 31 Gaya Berjalan Seorang Gentleman
Tip 32 Jenis-jenis Bahasa
Tip 33 Ucap Terima Kasih
Tip 34 Ucapan Tahniah ataupun Takziah
Tip 35 Muzik Paling Merdu
Tip 36 Cari Persamaan
Tip 37 Berjiwa Besar
Tip 38 Mencari Gentleman
Tip 39 Merendah Diri
Tip 40 Tulis Matlamat Peribadi

Bahagian 7 Majlis dan Acara Rasmi
Tip 41 Dapatkan Maklumat Majlis
Tip 42 Tatacara Perkenalan
Tip 43 Etiket Berbual
Tip 44 Etika Berbual semasa Majlis Formal
Tip 45 Di Meja Makan

Bahagian 8 Gentleman Dalam Cinta
Tip 46 Penampilan dan Pemakaian Peribadi
Tip 47 Kemas dan Dipertingkatkan
Tip 48 Gentleman Ada Gaya?

Bahagian 9 Bagaimana Kesudahan Seorang Gentleman
Tip 49 Membaca dan Mendalami Quran
Tip 50 Mohonlah kepada Tuhan dengan Bersungguh-sungguh
Tip 51 Ke Mana Akhirnya Seorang Gentleman?
Tip 52 Renung Diri Sendiri
Tip 53 Berfikirlah Hal Mati
Tip 54 Berfikirlah Datangnya Hari Kebangkitan
Tip 55 Rindukan Syurga dan Bersegera Kepadanya
Tip 56 Takutlah Neraka dan Hindarinya
Tip 57 Balas Keburukan Dengan Kebaikan
Tip 58 Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa
Tip 59 Jangan Buat Zalim
Tip 60 Tumbuhlah Bersama Cita-citamu
Tip 61 Sebarkan Salam
Tip 62 Jangan Cerewet
Tip 63 Perhatikan Manusia Itu

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2009. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us