|
Judul : Anda Berkarisma Apabila...? Pengarang : Ahmad Naim Jaafar, Mohd Fadzilah Kamsah Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Genre : Bisnes & Pengurusan - Kepimpinan Mukasurat : 216 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372155
Buku ini adalah panduan mudah kepada mereka yang hendak membina gaya kepimpinan karismatik dan efektif. Dilengkapi dengan pelbagai tip mudah berkarisma yang perlu ada pada individu. Cerita-cerita pendek yang ditulis di dalam buku ini menjadi lebih menarik untuk dibaca.
Kita selalu hairan mengapa ada sesetengah pemimpin lebih berketerampilan dan berketokohan daripada pemimpin-pemimpin lain. Apabila dilihat secara luaran, mereka tidak memiliki banyak perbezaan. Mereka tetap pemimpin, ada pengikut, menghadiri mesyuarat dan lain-lain. Tetapi perbezaanya adalah bagaimana orang ramai, pengikut dan penyokong pemimpin itu menerimanya. Ada pemimpin yang disokong dan disanjungi apabila memiliki kuasa tetapi selepas turun daripada kuasa orang tidak langsung mengendahkannya. Namun, ada pula pemimpin selepas turun daripada kuasa tetap popular dan disanjungi.
Namun, apabila dilihat lebih mendalam, perbezaan mereka berdasarkan pendekatan kepimpinan mereka pada perkara utama sebagai pemimpin. Ini yang dipanggil faktor karisma. Karisma adalah kuasa dan sinaran diwajah pemimpin yang dicari-cari dan amat diperlukan oleh ramai orang terutama pemimpin. Lebih daripada itu, pemimpin yang berupaya dan efektif jelas berbeza dengan pemimpin yang kabur dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Maka, mereka cuba menjadi efektif dengan mengamalkan gaya kepimpinan tegas sehingga mereka tidak popular dan disenangi oleh orang ramai. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
Buku ini ditulis bagi membantu pemimpin membina gaya kepimpinan karismatik dan efektif. Dua kualiti kepimpinan yang penting dan sukar digabungkan keduanya.
Ditulis berdasarkan pengalaman penulis dan kajian kes pemimpin seluruh dunia khas bagi memberikan pandangan jelas bagaimana pembaca dapat membina kepimpinan karismatik dan efektif.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Definisi Karisma Tip 1: Karisma Diri Tip 2: Batu Azimat Tip 3: Memahami Kuasa Karisma Tip 4: Misteri Kuasa Karisma Tip 5: Siapa Pemimpin yang Sebenar? Tip 6: Karisma dan Ais Batu Campur Tip 7: Cahaya Karisma Tip 8: Cahaya Wajah Tip 9: Cahaya Wajah (Sambungan)
Bahagian 2: Jenis-jenis Karisma Tip 10: Karisma dalam Politik Tip 11: Karisma dalam Bidang Estatik atau Seni Tip 12: Karisma dalam Bidang Agama atau Spirituil Tip 13: Karisma dalam Bidang Intelektual Tip 14: Karisma dalam Bidang Persembahan Tip 15: Karisma dalam Perkhidmatan atau Kepakaran Tip 16: Karisma dalam Bidang Perniagaan Tip 17: Karisma Keturunan Tip 18: Karisma Tokoh Peribadi atau Tempatan
Bahagian 3: Karisma dalam Diri Tip 19: Tapi Saya Terlalu Muda Tip 20: Pupuk Tabiat Membaca Tip 21: Tulis Jurnal Peribadi Tip 22: Keajaiban Buluh Cina Tip 23: Siapa Musnahkan Enron? Tip 24: Kawal Marah Anda Tip 25: Dendam Edmund Dantes Tip 26: Meningkatkan Estim Diri Tip 27: Kebijaksanaan Emosi 60 Tip 28: Berani Berimpian 63 Tip 29: Kritik Diri Sendiri 65
Bahagian 4: Karisma dalam Perhubungan Tip 30: Petik Kata-kata Tokoh Tersohor Tip 31: Teknik Menarik Perhatian Tip 32: Bahasa Berjabat Tangan Tip 33: Menjadi Pencerita yang Baik Tip 34: Pupuk Rasa Empati Tip 35: Salam Ahli Politik Tip 36: Ucap Terima Kasih Tip 37: ?Selamat Hari Lahir Terry? Tip 38: Kenapa Semua Orang Suka Siti Nurhaliza? Tip 39: Encik Rahman Dapat Anak Lagi! Tip 40: Berjumpa Bakal Bapa Mertua Tip 41: Sampaikan Mesej dengan Jelas
Bahagian 5: Karisma dalam Kepimpinan Tip 42: ?Saya Ini Presiden Awak? Tip 43: Strategi Perang Badar Tip 44: Mengurus Persepsi Tip 45: Menjadi Seorang Bapa Tip 46: Kepimpinan Melalui Teladan Tip 47: Buat Kejutan Tip 48: Menjadi Inspirasi Tip 49: Tidak Rugi Merendah Hati Tip 50: Komitmen Pak Lah Tip 51: Menjadi Pemaaf Semasa Berkuasa Tip 52: Fenomena AirAsia Tip 53: Bagaimana Sukarno Belajar Berpidato Tip 54: Kredibiliti Nabi Muhammad
Bahagian 6: Karisma dalam Pengurusan Tip 55: Perangkap Keyakinan Tip 56: Memupuk Budaya Tip 57: Projek Besar Tip 58: Provokasi Media Tip 59: Lakukan Lebih daripada yang Dijanjikan Tip 60: Budaya 3M Tip 61: Memperkasa Pengikut Tip 62: Mahu Jadi Mercedes ataupun McDonald? Tip 63: Mencontohi yang Terbaik
Bahagian 7: Karisma dalam Penampilan Tip 64: Belajar daripada John F. Kennedy Tip 65: Gaya Berjalan Pengurus Tip 66: Gaya Jalan Ali Baba Tip 67: Gaya Jalan Sahaja Tidak Cukup
Bahagian 8: Pasangan Anda Tip 68: Permaisuri Hatiku Tip 69: ?Queen Control? Tip 70: Siapa di Sebalik Kejatuhan Bill Clinton Tip 71: Siapa di Sebalik Kejayaan Henry Ford Tip 72: ?Awak Tahu Siapa Saya??
Bahagian 9: Merenung ke dalam Diri Tip 73: Menjadi Lelaki Budiman Tip 74: Beza Kegagalan dan Kekalahan Sementara Tip 75: Majlis Pengkebumian Anda
|