|
Judul : Anugerah Buat Ayah dan Ibu Pengarang : Hani Aliza Abdullah Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Genre : Keluarga & Keibubapaan Mukasurat : 144 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372384
Pengalaman peribadi ibu-ibu yang terkandung di dalam buku ini memberikan gambaran sebenar pahit manis kehamilan dan kelahiran. Di samping itu, pelbagai pengalaman sebenar kehamilan serta cabaran yang perlu sesetengah ibu bapa lalui menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu yang mungkin menghadapinya.
Buku ini mengumpulkan kisah-kisah anugerah Tuhan yang sangat tidak ternilai kepada hamba-hambanya iaitu anak. Buku yang bertajuk Anugerah Buat Ayah dan Ibu ini mengumpulkan di antaranya cerita dan pengalaman peribadi ataupun yang tersayang oleh ahli-ahli kumpulan Ummiku Sayang. Di antaranya adalah kisah mengenai seorang ibu yang mendapati dirinya hamil selepas hanya empat bulan melahirkan anak sulung, kisah-kisah pengalaman ibu yang hamil dan segala komplikasi yang terpaksa dihadapi demi melihat dan mencurah kasih kepada bayi lambang cinta ibu dan ayah yang bakal dilahirkan.
Juga kisah pengalaman seorang ayah yang mendapat anak yang pertama, di mana dalam keghairahan menerima cahaya mata, si ayah juga perlu mula memikirkan mengenai peranannya sebagai ayah dan merancang masa depan permata hatinya. Tersemat juga bagaimana perasaan ibu yang menanti kelahiran seorang putera tetapi hasrat belum kesampaian, serta susah payah ibu melahirkan secara pembedahan.
Tidak ketinggalan, buku ini turut memuatkan pelbagai panduan bagi membantu para ibu bagi melayari keindahan kehamilan dan kelahiran dengan mudah dan jayanya. Kelahiran adalah seperti suatu keajaiban dan segala pengalaman keajaiban dan kehalusan perasaan yang beserta dengan kehadiran cahaya mata ini yang dapat dikompilasikan, kita kongsi bersama melalui buku ini.
Kandungan
Bahagian 1 Kehamilan dan Cabarannya
Bab 1 Bukti Cinta Kita Cerita 1: Antara Doa dan Harapan Cerita 2: Rezeki Darinya Jua Cerita 3: Inilah Takdirku Cerita 4: Dugong Berjaya Jua
Bab 2 Kau yang Istimewa Cerita 5: Keajaiban Kekuasaan Yang Esa Cerita 6: Debaran dalam Penantian Kembar Tiga Cerita 7: Akhirnya Kesampaian Bintang Digamit
Bab 3 Sayang Hanya Dikau Cerita 8: Dalam Sendu Aku Reda Cerita 9: Tidakku Duga Kau Pergi Jua Cerita 10: Hanya Sementara... Cerita 11: Pasrah Merinduimu Cerita 12: Patah Tumbuh Hilang Berganti Cerita 13: Menanti di Pintu Syurga Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang Pemakanan Ibu Menjamin Kesihatan Anak
Bahagian 2 Kelahiran yang Dinanti-nantikan
Bab 4 Pengorbananku Hanya Untukmu Cerita 14: Badai Melanda, Kuharungi Jua Cerita 15: Uri Melekat! Cerita 16: Suka dalam Duka Cerita 17: Tidak Sabar Bertemu Bonda Cerita 18: Hanya untuk Seketika
Bab 5 Hari Ini dalam Sejarah Cerita 19: Ghairah Anak Pertama Cerita 20: Bilakah Kita akan Bersua? Cerita 21: Buat Ketiga Kali Cerita 22: Khasiat Berharga Akar Siti Fatimah Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang Tanda-tanda Anda Sudah Bersedia untuk Bersalin
Bahagian 3 Potpuri Kehidupan Ibu
Bab 6 Dari Hati Kecil Ibu Cerita 23: Pahlawan Cilik yang Pintar Cerita 24: Deritamu Deritaku Jua Cerita 25: Dekat Tetapi Jauh Cerita 26: Tolong... Hendak Pakai Apa? Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang Petua untuk Menyelesaikan Masalah Kaum Ibu
|