|
Judul : Trilogi Armageddon : Mandala Jilid 1 Pengarang : Arena Wati Penerbit : Penerbit UKM Genre : Novel Mukasurat : 312 halaman Cetakan Pertama : 2004 ISBN : 9679426688
Bahan Armageddon ini, mulai saya fikirkan dan bincang dengan Yang Berhormat Tuan Haji Sulaiman, Ahli Dewan Rakyat, Kawasan Besut, di Jeddah, Januari 1974. Kami membincangkan kemungkinan kesan tindakan OPEC menaikkan harga minyak. Bahan kasarnya kulengkapi di Washington D. C., Disember 1983. Bahagian Mandala mulai kutilis dengan mesin taip di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi setelah balik dari Soviet Union, November 1988. Malangnya, setelah kutaip bersih di komputer ? lap-top, semua ditelan virus, pada tahun 1991, di rumah. Sebab itu ? kerana meradang, saya biarkan 10 tahun. Maka banyak lakaran dialog Menorah dan Pentagon sudah hilang. Mujurlah rujukan terpelihara, dan konsepnya sudah mantap. Begitulah ? petaka, bagi penulis.
|