0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Arena Wati

Armageddon: Menorah

Armageddon: Menorah
Judul : Armageddon: Menorah
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 3352115
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Trilogi Armageddon: Menorah Jilid II
Pengarang : Arena Wati
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Novel
Mukasurat : 332  halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9679426696


Dalam penerbangan panjang dan lama dari Taipei ke New York via Anchorage, pada 8 Oktober 1992 saya duduk di tepi jendela sebaris bertiga dua Yahudi; yang berbeza keyakinan agama, tetapi sefahaman politik, dan berkongsi ketakutan serupa. Menu saya; kosher, sama dengan yang duduk di tengah! Teman yang duduk di sisi gangway; menu biasa, ada babi! Dari menu itu saya faham; mereka tidak sama taatnya pada agama Yahudi. Dari isi perbualan kami, jelas; politik mereka moderat. Dari Singapura ke Tel Aviv terbang sembilan jam transit satu jam di Dubai. Mereka terpaksa melintasi Laut China Selatan, Pasifik, Benua Amerika, Atlantik, Benua Eropah, Lautan Tengah; 48 jam plus transit enam kali purata tiga jam. Alasan? Takut dibunuh Arab.

Dua minggu berikutnya saya jadi tamu Dolina Levitan Rosenthal wanita Yahudi, makan roti dan udang saja, di Larchmont, New York. Tapi tidak tidur di sana. Dalam perbualan di meja makan saya bertanya, kenapa tidak ikuti suaminya usahawan, dan hidup bersama di Bangkok? Suaranya pilu. Sangat rindu dan sayang suami, tetapi belum bersedia menerima ketakutan dibunuh Arab.

            Minggu berikutnya Dolina jadi tamu kami di White Plains, New York. Dia khusyu mendengar bacaan Fatihah, ayat Kursi dan doa saya semoga dunia ni makmur dan aman. Agar manusia selamat, riang dalam kasih sayang persaudaraan. Kulihat pipi dan dagu Dolina basah. Ketika akan berpisah di pintu, saya berbisik, “Dolly! Murung, rindu dan perit derita manusia termasuk rasa takutmu, bagaikan mendung, guruh dan kilat halilintar yang diwujudkan perubahan suhu. Kita tahu sumber awan, guntur, dan petir. Itu sifat musim dirangsang angin. Kaji sumber rindu, dan takut itu, seperti kamu perhatikan cuaca musim.” Dia renung mukaku, mengeluh, “Dasarnya? Peradaban salah! Bagai pohon; bercabang politik, ekonomi, agama, berbunga sengketa, berbuah perang sesama tribe Semite, zuriat Abraham! Saya sangat pilu mendengar doa Bapak. Tetapi adakah kasih sayang dan persaudaraan itu berada di luar kebenaran? Soalnya, semua menganggap dirinya saja benar. Jadi? Siapa salah? Bapak lelaki-suami dan ayah, kebal rasa menaggapi kematian. Saya wanita-isteri dan ibu, peka terhadap sakit dan mati. Sejak sunti saya hairan Bapak! Kenapa tiga agama monotheist tidak bergabung menghadapi polytheist dan atheist? Jangan melalui otot perang, tetapi dengan otak pemikiran, rasa sayang, fitrah manusiawi.” Kami berpisah, di pintu, jarak kami semakin jauh. Tetapi itu, hanya terpisah jisim, kerana kami masih terus saling mendekati, bertaut, kian erat, alam minda!Bahan Armageddon ini, mulai saya fikirkan dan bincang dengan Yang Berhormat Tuan Haji Sulaiman, Ahli Dewan Rakyat, Kawasan Besut, di Jeddah, Januari 1974. Kami membincangkan kemungkinan kesan tindakan OPEC menaikkan harga minyak. Bahan kasarnya kulengkapi di Washington D. C., Disember 1983. Bahagian Mandala mulai kutilis dengan mesin taip di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi setelah balik dari Soviet Union, November 1988. Malangnya, setelah kutaip bersih di komputer – lap-top, semua ditelan virus, pada tahun 1991, di rumah. Sebab itu – kerana meradang, saya biarkan 10 tahun. Maka banyak lakaran dialog Menorah dan Pentagon sudah hilang. Mujurlah rujukan terpelihara, dan konsepnya sudah mantap. Begitulah – petaka, bagi penulis.