0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Arena Wati

Armageddon: Pentagon

Armageddon: Pentagon
Judul : Armageddon: Pentagon
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 3352116
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Trilogi Armageddon : Pentagon Jilid III
Pengarang : Arena Wati
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Novel
Mukasurat : 384  halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 967942670x

Mereka sudah faham, dialah orangnya The Elderst Zion itu! Tetapi belum ada – kecuali timbalannya dan President Bilderbergs – yang kenal siapa dia? Tapi yang pasti ialah mereka maklum itulah Yahudi tertua yang paling berwibawa di seluruh Eropah dan di Benua Amerika. Penampilan The Elderst Zion itu dengan menggunakan topeng dari leher ke kepala, dia meniru gaya, perawakan, raut muka, rambut dan janggutnya Nabi Musa a. s.; seperti yang mereka sudah lihat gambarnya di dalam wacana The Mystical Origin of the United States of America, pada muka 20-21 dalam berkala The Coming Revolution, Vol. 2., No. 2, keluaran pada Musim gugur tahun 1981.

            Setting sidang itu terlalu anggun dengan meja yang antun berbentuk lima segi Pentagon. Di tengah lingkaran meja Pentagon itu, satu podium yang berbentuk segi tiga, setinggi empat meter dari lantai, muncul perlahan-lahan dari lantai aras bawah naik ke atas. Podium itu diampu tiang dan dipagar kayu oak berupam licin.

            Pada lantai podium itu ada satu kerusi putar tinggi dua meter bagai takhta dijadikan tempat The Elderst Zion bersemayam. Pada kaki takhta itulah dua kerusi saling membelakang. Itu diduduki dua orang timbalannya. Dengan begitu, maka The Elderst Zion mudah melihat ke bawah, kepada semua ahli panel pada lima segi meja mengkaji penampilan tiga ahli dalam setiap kumpulan pada tiga penjuru. Panel itu terdiri dari presiden, setiausaha dan bendahari dari lima badan rahasia yang paling berbakti di bawa payung Zionist itu.

            Etika dan sistemnya setting di meja Pentagon itu berasaskan hierarki dan fungsinya organisasi di bawah payung Zionis itu. Badan yang terpenting sekali, barisannya mesti duduk pada pihak pangkalnya lingkaran Pentagon. Di sanalah tempatnya The Bilderbergs. Badan itu mewakili; banker, dan industrialist, yang terkaya di antero Eropah, dan Amerika. Dari situlah melengkar putaran jam seperti berikut: The Council on Foreign Relations – (CFR). Wakil dari para diplomat, wartawan, birokrat pemerintah, tokoh yang terpenting  dalam korporat, pengarang, penyair dan juga seniman. The Committee of Threehundered – (CT). Itu mewakili pemilik badan kewangan, korporat, ahli politik, para saintis. The trilateral Commission – TC. Wakil para professor paling termasyhur dalam bidang-bidang terpenting, dan juga jadi think-tank Amerika. The Skull & Bone Society – S & BS. Itulah yang mewakili kumpulan manusia tahan lasak gerakan bawah tanah, perisik, terutama pegawai tinggi dalam pasukan bersenjata; laut, udara, darat, dan polis. Setiap orang dalam lima penjuru Pentagon itu, sudah terikat dalam suatu sistem disiplin persidangan yang amat ketat. Tak boleh mengangkat mukanya dari file di hadapan masing-masing, selagi organisasi mereka, atau namanya, tidak disebut dalam perbincangan yang berkaitan. Tidak dibolehkan bersuara. Kecuali bertanya , ataupun menjawab soalan, setelah di diberi kebenaran oleh suara dari master of ceremony yang tidak kelihatan orangnya dari tempat mereka. Sebagai putera tertua dari Jenderal Simon, dan dia sajalah anak lelaki jenderal itu yang masih ada dalam segala perusahaan mandiang Jenaral Simon Hashmon, maka Lubel Simon Hashmon itulah yang telah dipilih sebagai panel terbaru di dalam The Bilderbergs.

            Lima tahun sebelum itu, Thomas Paul Freedman duduk di sana untuk menggantikan tempatnya mandiang Jeneral Simon. Tiga tahun yang lalu Freedman sudah menjadi Presiden The Bilderbergs, untuk menggantikan tempatnya Ala. Kerana Ala sudah dinaikkan jadi Timbalan Kedua The Elderst Zion. Di kanan Freedmant itu, tempat Robin Rafes Frankstein – sebagai senior, dan Lubel duduk di kirinya Freedman – masih junior. Lubel belum habis membaca minit sidang lalu, ketika suara orang yang tersembunyi di situ – The Master of Ceremony, kedengaran: Perhatian seluruh ahli panel Pentagon on The Global Union. Agenda arahan dikemukakan, menurut prioriti dan hierarki organisasi untuk mereka laksanakan tanpa soal jawab lagi demi pelaksanaan program yang sudah ditentukan pada hari tahun yang keempat kematian Jeneral Simon.

            Pertama, The Bilderbergs. Gerakkan komponen ke Asia Tenggara, dan laksanakan semua programmu yang sudah diputuskan oleh persidangan tahun yang lalu. Kedua, The CFR. Lancarkan pukulan muktamad di Asia Tenggara dan Timur Jauh. Ketiga, CT. Pastikan pimpinan baru di Asia Tenggara dan Timur Jauh. Keempat, TC. Simpulkan teori pendobrak yang telah dilancarkan di Asia Tenggara dan lancarkanlah Anjakan Teori Baru, menurut keperluan sehingga tiga puluh tahun akan datang di antero wilayah itu.

            Kelima, S&BS. Mesti pastikan program dan apparat daripada empat badan itu selamat di antero Asia, Afrika, dan Amerika Latin. Penutup, diam tunduk hormat kepada mandiang Jeneral Simon. Berdiri! Tunduk menghormat kepada The Elderst Zion di takhta kebesaran dan cokmar kebaktian utama The Global Union. Sementara mereka masih tunduk, podium itu meresut ke bawah amat perlahan diiringi bunyi gemuruh bagai taufan di puncak Gunung Sinai, sehingga podium, takhta, kerusi dan tiga orang itu, lesap ke lantai bawah.