|
Judul : Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama : Satu Kajian Pengarang : Dr Ab. Razak Ab. Karim Penerbit : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Genre : Bahasa Mukasurat : 182 halaman Cetakan Pertama : 2002 ISBN : 9832085381
Buku ini merupakan usaha yang telah dilakukan oleh penulis sejak beberapa tahun yang lalu tentang warkah-warkah Melayu lama dari tahun 1521 sehinggalah tahun 1899. Kajian yang telah dilakukan merangkumi pelbagai aspek Linguistik, iaitu daripada aspek kosa kata, sehinggalah aspek wacana. Kajian warkah-warkan Melayu amat kurang dilakukan oleh para pengkaji tempatan memandangkan kesukaran untuk membaca warkah Melayu Lama dengan pelbagai ejaan yang tidak seragam, tulisan yang kabur dan tulisan yang terlalu halus. Bagaimanapun, di sebalik kesukaran itu terselit pelbagai ilmu masyarakat tradisional yang masih belum dikaji oleh masyarakat moden. Menyedari kepentingan tersebut, penulis cuba mencungkil sebahagian kecil kandungan yang terdapat dalam warkah-warkah Melayu lama dan dipersembahkan untuk tatapan semua.
Kandungan
1. Surat Sultan Ternate 1521 : Beberapa Aspek Linguistik 2. Surat -Surat Sultan Ternate 1521 Dan 1522 : Suatu Analisls Bandingan Dari Sudut Bahasa 3. Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga Oleh Raja Aceh Kepada Kapitan Inggeris 1601 : Satu Analisls Linguistik 4. Manuskrip Surat -Surat Francis Light: Suatu Analisis Aspek Kosa Kata 5. Manuskrip Surat Sultan Iskandar Muda Dari Aceh Kepada Raja Inggeris James I, England, Ah 1024 (Ad 1615) -Aspek Penggunaan Kata-Kata Pujian 6.Penggunaan Ganti Nama Dan Kata Gelaran Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama 7. Penggunaan Cap Mohor Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama: Suatu Tinjauan Aspek Penggunaan Bahasa 8. Bahasa Melayu Abad Ke- 16 -19: Suatu Stilistik Pemllihan Kepala Surat 9. Warkah Melayu Lama: Satu Genre Linguistik 10. Kesopanan Berbahasa Dalam Warkah Melayu Lama 11. Bentuk Strategi Komunikasi Masyarakat Melayu : Satu Analisis Berdasarkan Warkah Melayu Lama
|