|
Judul : Atas Nama Cinta Pengarang : Isa Kamari Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Genre : Novel Mukasurat : 293 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9832334772 Berserta CD Puisi Sirrfillsirr
"Novel sejarah berjudul 'Atas Nama Cinta' karya Isa Kamari akan mendobrak dan membuka minda kita semua erti cinta, pengorbanan dan kemanusian sejati. Novel ini berupaya menjadi novel ikonik genre sejarah dalam dunia sastera Melayu." Razak Ismail
Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942-1950. Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Belanda.
Atas Nama Cinta Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela... Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi... ATAS NAMA CINTA
|