0 kuantiti
Total Price:RM0.00
>Penerbit UM

Autoriti Hadis

Autoriti Hadis
Judul : Autoriti Hadis
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 3541135
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Autoriti Hadis
Pengarang : Ishak Haj. Suliaman et. all
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Esei
Mukasurat : 172  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9831004221



    Buku Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis ini merupakan gabungan usaha empat ahli akademik yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ilmu hadis. Asalnya, buku ini berdasarkan penyelidikan individu, artikel ilmiah yang pernah diterbitkan dalam jurnal, hasil kertas kerja seminar yang pernah dibentangkan dan bahan-bahan pengajaran. Selepas proses penyuntingan dan dikemas kini, terhasillah sebelas artikel yang diterbitkan melalui buku ini.

    Matlamat utama buku ini untuk menjelaskan autoriti hadis Rasulullah SAW sebagai rujukan berautoriti selepas al-Quran kepada umat Islam. Beberapa aspek autoriti hadis diberi penekanan meliputi aspek kedudukan, peranan dan sejarah perkembangan hadis. Selain ifu, topik isnad hadis, karya dan metodologi muhaddithin dapat menjelaskan kepada pembaca berhubung autoriti hadis dalam Islam.

    Menyedari cabaran dan serangan berterusan musuh Islam terhadap autoriti hadis, fokus turut diberikan tentang topik berkaitan kedudukan dan implikasi hadis mawdu, israiliyyat dalam pengajian tafsir dan sunah, gerakan orientalisme, sejarah antihadis, metode imam Syafii dan perkembangan semasa berhubung antihadis di negara ini.

    Ulasan dan analisis dalam topik-topik yang diutarakan berupaya memberi penjelasan berhubung perkembangan antihadis dan usaha yang dilakukan dalam menangani serangan musuh Islam.



KATA PENGANTAR

    Hadis telah menjadi bahan polemik sejak dari dahulu, terutama apakah ianya boleh dianggap sebagai sumber ajaran Islam baik dari segi Akidah ataupun Syariah. Para ulama dahulu terutama al-Imam al-Syafii telah membuat kajian yang teliti berasaskan dalil-dalil al-Quran dan hadis itu sendiri termasuklah menggunakan metode logika dan sejarah bagi menyatakan bahawa Hadis adalah sumber kedua ajaran Islam selepas al-Quran.

    Bagi umat Islam, ini adalah asas agama yang dipegang dengan kuat dan utuh sejak zaman berzaman, sungguhpun dari semasa ke semasa timbul kumpulan tertentu yang cuba mempertikaikan peranan Hadis sebagai sumber agama. Pegangan ini berasaskan hakikat bahawa semua hadis-hadis yang ada itu dikaji dan ditapis oleh ulama-ulama Hadis melalui pelbagai kaedah dan metode pengajian hadis terutama melalui pemeriksaan sanad bagi membuktikan ketulenan atau authenticity sesebuah hadis.

    Melalui pemeriksaan ini, hanya hadis-hadis yang diakui ketulinannya atau apa yang dikenali sebagai hadith sahih dan hadith hasan yang diakui sebagai sumber kepada agama. Malangnya, walau bagaimana ketat dan teliti sekalipun proses pemeriksaan sanad ini, masih ada yang belum berpuas hati. Apatah lagi apabila umat Islam di kurun-kurun pertengahan terjebak dengan kejumudan ilmu dan berleluasanya gejala taqlid.
    Keadaan sebegini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran sesetengah golongan untuk mempertikaikan hadis. Oleh yang demikian amatlah mudah bagi seorang penganalisis sosial atau social theorist untuk mengaitkan kelemahan dan kemunduran serta perpecahan umat Islam dengan hadis, terutama apabila memikirkan bagaimana para ulama Islam di kurun-kurun kemunduran tamadun Islam, menggunakan hadis secara literal dalam memahami ajaran agama. Pengaruh ilmu barat atau moden yang berasaskan sains tanpa nilai agama juga turut membantu menyebarkan fahaman ini.

    Oleh itu kemunculan gerakan antihadis sebagaimana yang dimaklumi pada masa sekarang sedikit sebanyak berpunca daripada kritikan kepada sikap para ulama Islam. Gerakan antihadis dengan itu, jika direnung dari sudut tertentu sebenarnya mempunyai hikmah, iaitu sebagai kesedaran kepada ulama Islam untuk menilai kembali kaedah memahami dan mentafsirkan sumber-sumber tersebut. Cabaran kepada ulama kita pada masa kini ialah bagaimana menjadikan ilmu-ilmu moden pada masa ini selaras dan sesuai denagan ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis.

 

Kandungan

Kata Pengantar    
Prakata                                                                                     

Autoriti Hadis Dan Penjelasannya - Fauzi Deraman

Kedudukan Dan Peranan Hadis Dalam Islam    - Mohd. Muhiden Abd Rahman

Sejarah Perkembangan Hadis - Mohd. Muhiden B. Abd Rahman

Isnad Hadis Sebagai Etika Maklumat Islam - Ishak Hj. Suliaman

Karya Hadis Dalam Tulisan Jawi - Fauzi Deraman

Metodologi Muhaddithin    - Fauzi Deraman

Penyebaran Hadis Mawdit Dan Implikasinya Kepada Masyarakat - Mohd. Muhiden Abd. Rahman

Brailiyyat Dalam Pengajian Tafsir Dan Sunah - Ishak Hj. Suliaman

Pandangan Orientalis Terhadap Hadis Dan Jawapannya Dari Perspektif Islam -Mohd. Muhiden Abd Rahman

Antihadis: Rujukan Kepada Kitab Jima' Al-'Ilm - Abdul Karim All

Metode Imam Al-Syafii Dan Ulama Di Malaysia Dalam Menangani Golongan Yang Mempertikaikan Hadis: Satu Perbandingan - Abdul Karim All

Bibliografi

Indeks