|
Judul : Bahasa Dan Kesusasteraan Penyelenggara : Harun Jaafar, Abdul Halim Ali Penerbit : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Genre : Kumpulan Esei Mukasurat : 141 halaman Cetakan Pertama : 2002 ISBN : 983262004x
Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini terbahagi kepada tiga bidang pengajian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Kesusasteraan Melayu. Aspek-aspek yang disentuh termasuklah isu bahasa, pengajaran dan pembelajaran, kebudayaan dan penteorian dalam kesusasteraan.
Hal-hal termaklum perlu diketengahkan kerana butiran-butiran idea yang terkandung di dalamnya bersifat kekinian. Sebahagiannya pula akan berfungsi untuk tempoh yang relatif panjang. Isu memartabatkan Bahasa Kebangsaan telah banyak kali diketengahkan dan seringkali tenggelam timbul dalam arus perdana di Malaysia, tetapi belum pernah kedengaran tentang memartabatkannya di menara gading. Begitu juga halnya dengan penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi yang berkesan. Penyingkapan isu sebegini perlu dimaklumi oleh bukan sahaja warga universiti malah masyarakat umum.
Bilik-bilik darjah kita harus berubah untuk melonjakkan kecemerlangan, terutamanya dalam bidang bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Guru-guru perlu mempunyai strategi berkesan untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa. Begitu juga dengan penulisan dan penghayatan karya kesusasteraan yang kini telah dimasukkan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Di samping itu, kita tidak harus melupakan aktiviti budaya seperti berendoi dan dodoi yang telah semakin hilang taringnya dalam masyarakat Melayu. Tradisi mengasuh moral anak-anak bermula dari bayi ini banyak manfaatnya kepada kesuburan etika generasi muda. Akhir sekali, kita harus menyedari bahawa apa juga bidang ilmu di dunia ini sentiasa berubah. Perubahan itu berlaku akibat penemuan-penemuan baru atau pengubahsuaian kepada apa yang sedia ada. Hal yang sama berlaku dalam bidang teori kesusasteraan.
Kandungan
1. Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Ilmiah di Universiti Abdul Hamid Mahmood 2. Pendidikan Bahasa: Ke Arah Satu Anjakan Paradigma Abdullah Hassan 3. Teori dan Pengajaran Karangan Sulaiman Masri 4. Penafian dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Awal Ahmad Khair Mohd Nor 5. Video Films in ESL Classroom for Students In Rural Areas. Normah Othman 6. Getting Pupils to Respond. Ahmad Zainuri Loap Ahmad 7. Dari Berendoi ke Lagu Dodoi Harun Jaafar 8. Pensejarahan Melayu Baru Abdul Halim Ali 9. Teknik Pengajaran Sastera Melayu Sebagai Komponen Wajib dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Yang Berkesan Ab. Rahman Ab.Rashid
Biodata Indeks
|