0 kuantiti
Total Price:RM0.00
>IKSEP

Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam

Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam
Judul : Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam
Harga :
RM60.00
Nombor siri : 9832600006
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Belia Dalam Pembangunan Dunia Melayu Dunia Islam
Penyelenggara : Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar 
Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Genre : Budaya
Mukasurat : 313  halaman
Cetakan Pertama : 2002
ISBN : 9832600006

Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam merupakan program tahunan anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diselenggarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (lKSEP) dalam usaha'nya untuk mewujudkan Kesatuan dan Perpaduan serta menarik seberapa ramai bangsa Melayu dan umat Islam dari seluruhdunia bertandang ke negeri Melaka. Konvensyen tahun 2001 yang lalu memfokuskan perbincangan mengenai belia dan peranan mereka dalam membangunkan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Kertas-kertas kerja ini diterbitkan dalam bentuk buku. Di dalam buku DMDI ini, memuatkan artikel yang menyentuh tentang peranan belia Melayu dan Islam, cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi terutama sekali dalam memastikan golongan ini tidak tertinggal jauh oleh arus pemodenan. Para belia perlu menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi (IT) agar ilmu yang diperolehi dapat membantu memajukan umat Islam. Selain penguasaan dalam bidang IT, bidang ekonomi juga penting di dalam senario globalisasi yang sedang diketengahkan oleh kuasa-kuasa barat. Warisan seni budaya pula penting bagi membentuk dan membina jati diri orang Melayu dan lslam. Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara turut bergantung kepada kualiti para belia hari ini. Sekiranya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan diri dan mengikis sikap rendah diri, sudah pasti belia Melayu dan Islam hari ini tidak akan dipandang rendah oleh bangsa lain. Kesedaran sejarah juga boleh dijadikan sumber inspirasi kepada generasi masa kini.

Kandungan

Tamadun Dan Jati Diri
1. Jatidiri Belia Dalam Tamadun Melayu - Bapak Tenas Effendy
2. The Role Of The Youths In The Development Of Islamic Identity In Europe - Khaldoun Hamade
3.  A Brief Development Of Malay And Islamic Youth In Soutl Africa - Ismail Petersen
4. Belia Melayu Menghadapi Tantangan Globalisasi - Saleh Djasit S.H

Belia Dan Pemdangunan Sains Dan Teknologi Maklumat
1. Peranan Generasi Muda Dalam Pengembangan Dan Riset Pengobatan Tradisional Di Negara-Negara Melayu Yang Islami - Prof Dr H. Azwar Agoes

Peranan Delia Dalam Pemdangunan Pendidikan
1. The Role Of Youth In The Development Of Education In The Malay And Islamic World - Mr Mohd Hasbi Abu Bakar
2. Peranan Pemuda Islam Dalam Pengembangan Kualitas Hubungan Dunia Melayu-Dunia Islam - Dr. H. Djaelani,
3. Mewujudkan Dunia Melayu Dunia Islam Raya Melalui Peningkatan Peranan Pemuda - H. Rosihan Arsyad

Pembangunan Sosio-Budaya Belia
1. Pembangunan Sosio Budaya Belia Dunia Melayu Dunia Islam Isu-Isu Dan Governans Baru - Dato' Saifuddin Abdulah
2. Sosial And Historical Developments Of Islam In China - Ustaz Harum Mao Zhan Jiang
3. Hubungan Melaka Dan Indonesia Timur - Safrullah Sanre
4. Social-Cultural Development Of The Youths Of The Malay And Islamic World - Mrs Zounie Fallil


Kerjasama Ekonomi Di Kalangan Belia
1. Kerjasama Ekonomi Di Kalangan Belia Melayu Dan Dunia Melayu - Ustaz Chalidin Yacob (Australia)
2. Sumbangan Usahawan Belia (Melayu-Islam) Dalam Ekonomi Dan Pembangunan Masyarakat Islam Di Brunei - Haji Mohd Firdaus Bin Okk Haji Noordin
3. Madagascar Economic Cooperation Among The Youth Of The Malay And Islamic World - Muhammad Taib Ranaivoson
4. Creating The Future: Muslim Youth & The Internet - Abdul Rahman B Mohd Said
5. Economic Cooperation Amongs The Youth Of The Malay And Islamic World - Maas Ramli Mohamed
6. Kepulauan Bangka Belitung Dan Hubungan Dengan Melaka - Bapak Amur Muchasim
7. Kerjasama Ekonomi Antara Belia-Belia Melayu Islam Kemboja Dan Dunia Islam Peluang Dan Cabaran - Ismail Osman