|
Judul : Bimbingan Istilah Sastera Pengarang : Rahman Shaari Penerbit :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Sastera Mukasurat : 102 halaman Cetakan Pertama : 2001 ISBN : 9676111988
Bimbingan Istilah Sastera menghimpunkan kata masukan yang diberikan takrifan berserta contoh-contoh. Bersifat dwibahasa , setiap kata masukan diikuti dengan padanan istilah dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa asal istilah digunakan. Bercirikan konsep mesra pengguna, setiap istilah yang disebut dalam takrifan ditandai dengan huruf besar-memudahkan pengguna membuat rujukan lanjut ataupun rujukan silang. Buku ini ditujukan kepada semua yang terlibat dalam dunia sastera, termasuklah para pendidik dan pelajar, pengkaji, pengkritik, penulis dan peminat sastera. Penyusunan buku ini bukan sekadar untuk memenuhi sukatan pelajaran mahupun sukatan peperiksaan . Sejumlah istilah memang sesuai untuk keperluan pelajar sekolah. namun terdapat sejumlah lagi yang diperlukan oleh peneliti dan pembicara sastera. Sesungguhnya dengan memahami istilah sastera, seseorang dapat membicarakan karya dengan baik dan berkesan. Untuk menggunakan istilah dengan baik dan berkesan, tinjauan makna dalam konteks penggunaannya harus dibuat secara rapi. Buku inilah teman anda untuk tujuan tersebut.
|