|
Judul : Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa Editors : Datuk Hajah Ramlah Abas et.al Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Genre : Budaya Mukasurat : 60 halaman Cetakan Pertama : 2003
Buku ini diterbitkan khusus untuk mengetengahkan sejarah busana Melaka zaman kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke 15 dan 16 Masehi. Beberapa huraian jelas dengan pengaruh-pengaruh yang terdapat pada pakaian-pakaian tersebut secara tidak langsung mengaitkannya dengan zaman ketika itu. Menyedari khazanah dan warisan budaya ini menghadapi kemungkinan pupus sebagai pakaian tradisional dari segi keasliannya ditambah dngan kemunculan unsur-unsur moden, maka Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia dan Biro Wanita Dunia Melayu Dunia Islam terpanggil untuk menghimpunkan busana ini sebagai bahan dokumentasi generasi masa kini dan akan datang.
|