Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
ITNM
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
USIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Pendidikan
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Cinta Sang Ratu
Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah
>ISMMA

Busana Melaka

Busana Melaka
Judul : Busana Melaka
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 3041127
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Busana Melaka
Penyelenggara : Abdul Latif Abu Bakar
Penerbit : Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Genre : Budaya
Mukasurat : 184  halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9833183018


Buku ini menghimpunkan enam buah artikel mengenai busana Melaka hasil tulisan dan penyelidikan budayawan Malaysia dan Indonesia. Budayawan Tenas Effendy meletakkan busana Melayu scbagai jati diri Melayu yang sebenar. Semua ini diterangkan dalam ungkapan adat yang begitu halus dan indah. Prof. Dr. Siti Zainon Ismail pula banyak menceritakan pemakaian busana istana yang dikesan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Sementara itu, Zubaidah Sual pula memperkatakan tentang busana Melayu yang berasal dari Melaka dengan bukti yang terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah sejak abad ke-15. Kumpulan penyelidik dari lSMMA yang terdiri daripada Mohd. Nefi Imran, Zainal Abidin Jonet dan Azlina Hashim melakukan perincian kajian berhubung busana Melaka iaitu busana sanggul lintang yang telah mengalami pembauran pelbagai budaya tanpa merubah identiti masyarakat Melaka. Wan Yahaya Abdullah pula dari Tabung Penyelidikan Tekstil Malaysia telah menghalusi seni reka bentuk destar Melayu yang kaya dengan falsafah. Ciptaan destar yang unik ini telah menjadi mangsa peradaban moden selain pengaruh asing yang turut mengubah selera pemakaian hiasan kepala masyarakat Malaysia kini. Siti Salwa Abu melengkapkan kandungan buku ini dengan membentangkan kajiannya berhubung dengan busana tradisional masyarakat Baba dan Nyonya, komuniti yang memvariasikan kebudayaan Melaka. Buku ini penting sebagai bahan rujukan pelajar-pelajar di peringkat menengah dan tinggi serta peminat seni budaya yang ingin mengenali seni busana dari Melaka. Buku ini turut melampirkarn pelbagai jenis busana tradisional Melaka.

Kandungan

1. Etika Berpakaian Melayu - Tenas Effendy
2. Busana Melayu Melaka - Siti Zainon Ismail
3. Busana Melayu Bermula dari Melaka - Zubaidah Sual
4. Busana Beradat Melaka dan Sanggul Lintang - Mohd Nefi Imran, Zainal Abidin Jonet dan Azlina Hashim
5. Bermulanya Tengkolok Melayu dari Melaka - Wan Yahya Abdullah
6. Busana Tradisional Masyarakat Baba dan Nyoya di Melaka - Siti Salwa Abu
7. Koleksi Busana Melaka

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2012. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us