0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Koleksi / Direktori Penulis> Arena Wati

Cakra Waruga

Cakra Waruga
Judul : Cakra Waruga
Harga :
RM40.00
Nombor siri : 3352118
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Cakra Waruga
Pengarang : Arena Wati
Penerbit : Penerbit UKM
Genre : Novel
Mukasurat : 322  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9679428028



Luahan hati dan rasa yang dipaparkan dalam novel ini membicarakan tentang rentetan perjalanan beberapa keluarga besar dan tersohor di Johor yang mempunyai leluhur Jawa dan Bugis. Arena Wati menjalinkan cerita menerusi perkahwinan di samping menjadikan kehidupan masyarakat yang berbilang etnik di Johor sebagai latar peristiwa cerita ini.

Banyak falsafah yang berupa pedoman cuba diterapkan dan lebih berpaksi kepada kehidupan yang sentiasa berputar. Cerita diolah secara imbas kembali dengan memasukkan falsafah kehidupan  masyarakat Bugis dan Jawa. Olahan Cakra Waruga tentang konsep kehidupan yang bergulir; cerita suka duka; tentang hidup dan mati dipaparkan dengan agak rinci dan sangat menarik. Kisah dalam novel ini menepati dengan jalan cerita yang berkisarkan rasa kegembiraan, kejayaan, kegagalan dan kehampaan oleh pengarang. Segala-galanya diserapkan oleh pengarang menerusi kitaran perjalanan kehidupan tokoh intelak yang turut sama berpolemik sesama sendiri.
Di sinilah terletaknya kontradiksi dan kontroversi antara yang tersurat dengan yang tersirat sehingga menjadikannya cukup rumit dan kompleks. Akhirnya pengarang meninggalkan pembaca dengan persoalan mengapa kedua-dua tokoh utama harus mati. Apakah kuburan menjadi persinggahan dan kematian itu menjadi suatu jalan penyelesaian kepada kehidupan pendukung manusia intelek? Mengapa Kang Juri tidak menasihati anaknya Salam? Mungkin juga pelbagai persoalan timbul tentang kisah Prof. Dr. Rubiah, Prof. Dr. Kintan, Datuk Dan, Datuk Bob, Mbok Ngisa dan watak-watak lain sekiranya novel ini ditatap sehingga ke noktah terakhir.