|
Judul : Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 Pengarang : Noraini Margono Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Fesyen Mukasurat : 65 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789676121037
Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkah yang diberi dapat membantu anda menyediakan langsir yang cantik.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.
Kandungan
Pendahuluan Cara Mengukur Giant Box Pleat Skirt Menara Jati Skirt Smoking Angsana Skirt Single Scallop Diamond Pleat Butterfly Pleat Tivoli Curtain Ombak Stulang Laut Plamed Curtain Plamed Skirt Scallop Tanjung Puteri Rekaan Langsir Biodata
PENDAHULUAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, pembaca semua, syukur saya ke hadrat Allah kerana sekali lagi dapat berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman saya dalam bidang jahitan langsir.
Apa yang saya hidangkan ini adalah hasil kerja yang berterusan dan pengalaman saya menjahit selama lebih kurang 28 tahun. Jadi sekiranya terdapat kelainan dalam cara mengira, menggunting walaupun teknik menjahit, itu adalah cara saya sendiri.
Saya tidak pernah menerima latihan atau menjalani kursus di mana-mana, cara dan teknik serta beberapa tip menjahit mudah ini adalah hasil penemuan dan ciptaan ketika menjahit selama bertahun-tahun. Saya berharap teknik dan cara saya ini tidak dipertikaikan, demi membantu golongan yang tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan langsir saya cuba menciptakan teknik yang simple dan mudah difahami, insya-Allah.
Lihat gambar, semak rajah dan serta baca arahan yang disediakan satu persatu, kemudian buat lakaran semula, insya-Allah anda dapat membuatnya.
Demi membantu golongan seperti saya, yang asalnya susah untuk pergi meninggalkan keluarga, untuk mencari ilmu yang boleh membantu menambahkan ekonomi keluarga, diharap buku ini dapat digunakan sepenuhnya atau serba sedikit boleh membantu dalam mencuba menjahit langsir sendiri.
Alhamdulillah walaupun mempunyai sakit yang serius tidak melemahkan semangat saya untuk melahirkan buku ini. Dipohonkan doa, semoga saya diberi kesihatan agar dapat melahirkan buku-buku seterusnya dengan lebih banyak paten yang lebih mencabar.
Saya dengan rendah diri berharap apa yang saya sajikan di sini dapatlah dicuba dan mudah-mudahan mendapatkan hasil yang diharapkan.
Sekian terima kasih Noraini Margono
|