|
Judul : Chit Chat Remaja Mengenai Ibu Bapa Pengarang : Mohd Fadzli Abu Bakar Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Kategori : Remaja | Bantu Diri Mukasurat : 248 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9833603033
Ramai yang frust dengan ibu bapa sendiri. Adakah anda dalam lubang yang sama?
Setiap manusia yang lahir di muka bumi ini tidak terkecuali daripada kewajipan menghormati ibu bapa melainkan mereka diciptakan daripada proses yang bukan fitrah sebagai seorang manusia biasa. Ini kerana setiap manusia bahkan haiwan wujud di dunia ini melalui pasangan yang juga merupakan salah satu daripada bukti tanda kekuasaan Tuhan. Setiap hari, masyarakat banyak berhadapan dengan pelbagai kecenderungan dan dorongan memikirkan bagaimana cara terbaik bagi seorang ibu ataupun ayah mendidik anak dengan cemerlang. Tetapi jarang pula orang menitik beratkan bagaimana mahu menjadi seorang yang cemerlang berdasarkan hubungan baik dengan ibu bapa.
Orang ramai membahaskan masalah remaja hari ini. Mengenai bagaimana mendidik anak dengan baik dan juga membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah remaja hari ini. Sebaliknya kita sebagai remaja pula jarang memikirkan bagaimana hendak memperbaiki diri kerana kebanyakan masalah sebenarnya berpunca dan dilakukan oleh diri kita sendiri.
Di sepanjang kehidupan, kita banyak menemui pelbagai kejayaan dan kegagalan. Di sebalik kejadian itu, kita perlu berfikir mesti ada sesuatu yang pernah kita lakukan sebagai tabiat kehidupan sehingga menyebabkan kita berjaya ataupun gagal. Tuhan menentukan qada dan qadar hidup, tetapi turut memberi pilihan kepada manusia untuk mengubah dan merancangnya. Dalam tidak sedar kita banyak mengabaikan elemen-elemen sekeliling kita yang penting dalam mencorak kejayaan kita. Antaranya adalah apa yang berkait dengan keberkatan, keredaan dan kemurkaan orang terpenting dalam hidup kita iaitu ibu bapa. Islam dengan konsep asalnya mendidik manusia secara menyeluruh. Sesiapa yang menerima didikan itu secara menyeluruh, dialah yang dijanjikan Tuhan untuk menerima kejayaan. Kita mengejar kejayaan dan kejayaan itu memer-lukan motivasi bagi diri. Misi kita sebagai Islam adalah mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Justeru, kita sebagai seorang Islam tidak memadai dengan hanya cukup berusaha menghargai diri sahaja sebagai strategi memperoleh kejayaan diri. Tetapi ia perlu disertakan dengan berbuat baik kepada ibu bapa kerana mereka mempengaruhi hampir lebih 50 peratus daripada corak kehidupan kita.
Dalam buku ini penulis cuba menyampaikan sedikit sebanyak daripada apa yang saya bina untuk kesedaran diri sendiri pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya ia dapat membentuk satu perubahan gaya hidup yang akhirnya menyerap ke dalam diri sebagai satu etika.
Buku ini lebih fokus kepada tanggungjawab anak pada ibu bapa. Bukan tanggungjawab ibu bapa kepada anak. Banyak keadaan yang memerlukan kita untuk menilai melalui kebaikan. Jangan kerana sedikit ataupun sebahagian orang yang melakukan kesalahan sahaja, berjuta-juta kebaikan yang tidak terkira banyaknya dan tidak terhitung besarnya diabaikan begitu sahaja.
Dengan itu, penulis menganggap perbuatan baik kepada ibu bapa adalah dikategorikan dalam salah satu daripada motivasi yang mencorakkan bentuk kejayaan kita pada hari ini dan masa akan datang. Kejayaan kita pada hari ini adalah milik bersama dan hasil usaha diri sendiri dan ibu bapa.
Apa yang kita inginkan adalah supaya kejayaan ini semakin digali ataupun sekurang-kurangnya dipertahankan melalui hubungan baik dengan ibu bapa. Bakti kepada mereka adalah satu rahmat dan berkat yang mempengaruhi kebahagiaan. Justeru ia adalah satu keuntungan.
Kita tidak ada pilihan lain yang lebih baik melainkan memilih untuk berbakti kepada ibu bapa dan tidak derhaka kepada mereka. Kita bernasib baik kerana pada hakikatnya kita bukan diberi pilihan untuk mendapatkan keuntungan hidup. Bahkan kita dipaksa untuk memperolehnya.
Semoga apa yang disampaikan dalam buku dapat memberi petunjuk serta menyedarkan diri kita betapa pentingnya menjaga dan berbakti dengan orang-orang yang berpengaruh kuat dalam kehidupan kita di dunia iaitu ibu bapa.
Kandungan
Chat Global 1 Keajaiban Ibu Bapa? Bagaimana?
Chit Chat 1 Dari Manakah Asal Usul Ibu Bapa? Chit Chat 2 Ajaibnya! Chit Chat 3 Ayuh!Kejar Kejayaan Chit Chat 4 Agungnya Cinta! Chit Chat 5 Kasih Ibu Membawa ke Syurga Chit Chat 6 Kisah Pokok Epal Chit Chat 7 Besarnya Pengorbanan Ibu Bapa
Chat Global 2 Tentang Keutamaan
Chit Chat 8 Apakah yang Lebih Utama? Chit Chat 9 Utamakan Kawan! Chit Chat 10 Ayah ataupun Ibu? Chit Chat 11 Pengorbanan Mereka Sama Saja Chit Chat 12 Membalas Jasa Chit Chat 13 Apakah Keutamaan Kita? Chit Chat 14 Respon Diri Kita
Chat Global 3 Pengaruh Ibu Bapa
Chit Chat 15 Doa Ibu Bapa Chit Chat 16 Memohon Doa Mereka Chit Chat 17 Berkuasakah Ibu Bapa pada Anaknya? Chit Chat 18 Benarkah Restu Itu Penting? Chit Chat 19 Kisah Alqamah Chit Chat 20 Keberkatan di Sebalik Ganjaran 97
Chat Global 4 Apa Masalah Kita?
Chit Chat 21 Bukan Salah Ibu Mengandung Chit Chat 22 Kenapa Ada Konflik dengan Ibu Bapa? Chit Chat 23 Bebas ataupun Terkongkongkah Kita? Chit Chat 24 Bila Kita akan Bebas? Chit Chat 25 Kalaulah Kita Menjadi Ibu Bapa Chit Chat 26 Mahu Lari dari Rumah! Chit Chat 27 Taatkah Kita, Hormatkah Kita? Chit Chat 28 Apa!! Perang Dunia Ke III?? Chit Chat 29 Ayuh! Utamakan Tanggungjawab Chit Chat 30 Kasihi Ibu Bapa Kita
Chat Global 5 Apa yang Perlu Kita Lakukan?
Chit Chat 31 Banyak Berdamping dengan Mereka Chit Chat 32 Mintalah Pandangan Chit Chat 33 Pastikan Hidup Kita Berjaya Chit Chat 34 Manfaatkan Pemberian Mereka Chit Chat 35 Jangan Salah Guna Chit Chat 36 Tentang Cara Hidup dan Gaya Hidup Chit Chat 37 Dari Tangan ke Hati Chit Chat 38 Tunduk Bukan Bererti Hina Chit Chat 39 Ayuh Berbudi Bahasa Chit Chat 40 Pentingnya Makan! Chit Chat 41 Doakan Ibu Bapa Chit Chat 42 Kawanmu, Kawanku Jua! Chit Chat 43 Etika Mesti Dipelihara Chit Chat 44 Berbaktilah Sepanjang Hayat Kita Chit Chat 45 Tiga Belas ?Jangan...?
Biodata Penulis
|