Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Bantu Diri Remaja

Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan

Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan
Judul : Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan
Harga : RM14.90
Nombor siri : 3251207
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan
Pengarang : Mohd Fadzli Abu Bakar
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Remaja | Bantu Diri
Mukasurat : 256   halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 983360305X


Kawan, potensi untuk berjaya ada dalam diri kita. Tinggal nak ataupun tak nak. Itu saja!

Kebahagiaan yang dicari bukanlah ganjaran percuma diberikan untuk sesiapa sahaja. Walaupun penilaian itu tidak memandang rupa dan harta, terdapat penilaian yang lebih penting dan berharga iaitu berkait dengan pegangan (iman), perlakuan (Islam) dan nilai hati (ihsan). Daripada tiga sudut itulah timbulnya harta yang berfaedah berharga bagi membeli bahagia.
Demikian supaya kita faham bahawa perjalanan itu akan melibatkan banyak jalan dengan pelbagai jenis rintangan kesusahan. Di sebalik itu juga terdapat banyak keindahan yang dinikmati sepanjang perjalanan.

Kita selalu berfikir, bilalah agaknya kita akan sampai ke sesebuah destinasi atau matlamat yang dituju? Mengapa orang lain sampai terlebih dahulu; dan yang paling pelik sekali bagaimana caranya kalau kita hendak sampai ke tujuan dengan jalan mudah dan jalan paling pintas sekali.
Persoalan itu selalu difikirkan dan diungkap. Tetapi persoalan itu kalau direnung semula, menjadikan kita berfikir tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Itulah hakikat dunia.

Nabi Muhammad pernah berkata, (?Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit? (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah).)

Perkara yang perlu berterusan bukan hanya terkongkong pada usaha yang sama setiap hari. Tetapi peningkatan hidup, diri, sikap dan usaha juga perlu berterusan kalau ingin menjadi insan unggul. Ramai orang yang hebat-hebat menciptakan peningkatan setiap hari. Kalau tidak dapat setiap hari, setiap minggu ataupun setiap bulan ataupun sekurang-kurangnya setiap tahun.

Kalau ingin berjaya, usahalah secara berterusan walaupun sedikit. Kalau ingin menjadi insan unggul, tingkatkan diri secara berterusan walaupun sedikit. Semua orang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada pada hari ini. Setiap hari menginginkan perkara yang lain, lebih baik bahkan lebih mencabar.

Setiap hari kita perlu wujudkan sesuatu yang baru buat diri kita yang pernah gagal, membina kehidupan baru yang lebih baik daripada sebelumnya untuk bangun semula.

Yang sedih menghiburkan hati, mencipta hari baru mendatang dengan lebih ceria. Yang bersalah dan berdosa berhijrah diri ke sikap dan tingkah laku yang lebih beretika memperbaiki diri.

Begitulah halnya dalam setiap lapangan kehidupan menggalakkan kita berubah daripada keadaan yang buruk kepada baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik serta seterusnya.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Kejayaan itu berlangkah. Bukan berlompat, bukan cakap-cakap dan bukan buat-buat. Tetapi realiti yang perlu terjadi barulah bernama kejayaan. Kejayaan pula bukan hanya satu. Tetapi kejayaan ada banyak memiliki ukuran besar kecilnya. Yang kecil terjadi daripada tiada atau terbias daripada kecil yang lainnya. Yang besar pula adalah semata-mata himpunan yang kecil-kecil.
Di sini terdapat beberapa tajuk yang boleh dikongsi bersama. Seakan-akan satu rentetan peristiwa perjalanan hidup bermula daripada hidup biasa menuju ke kejayaan hidup melalui usaha dan perubahan diri. Selepas mencapai kejayaan, perlu ada pertambahan yang seterusnya.

Semua orang ada kesedaran dan ada matlamat. Tetapi belum tentu orang yang bermatlamat itu boleh berjaya. Apa yang membezakan di antara orang yang gagal dengan yang berjaya adalah orang yang berjaya bertindak dan mengorak langkah berdasarkan matlamat sedangkan orang yang gagal hanya cakap-cakap atau fikir-fikir sahaja tentang matlamatnya.

Semua orang boleh bermulut bising tentang matlamat. Tetapi belum pasti dia boleh dikagumi kerana masih belum nampak hasilnya. Orang akan kagum dengan hasil yang telah terjadi. Bukan dengan matlamat atau perancangan yang belum nampak. Entahkan jadi entahkan tidak.

Pengalaman adalah pelajaran yang baik. Prinsip ke-agamaan pula adalah panduan kehidupan yang baik. Falsafah Islam menyediakan fakta yang perlu digali dan dihayati. Bukan sekadar untuk dibaca dan diikuti.

Membaca dan mengikut adalah menghasilkan per-jalanan untuk mengalami sesuatu yang bermakna dalam hidup. Bukan untuk menghasilkan prinsip pemikiran dan praktikal yang tidak mahu berubah.
Jangan sangka tindakan dan perjalanan itu kosong tiada dugaan. Jangan pula sakit mengeluh lalu berundur kerana tidak tahan dengan dugaan.

Jalanlah terus dengan gigih kerana setiap kesusahan dan kesakitan itu ada manisnya. Kita perlu berani memegang duri dan kuat menyiat kulit liat, barulah dapat menikmati enaknya durian.
Hidup sebenarnya seronok dengan dugaan dan kesakitan. Manisnya terasa selepas berjaya melepasinya. Kalau semua perkara di dalam dunia ini mudah-mudah belaka, tidaklah ada keseronokannya kerana diri tidak dicabar.

Kandungan

CHAT GLOBAL 1 : KESEDARAN DIRI
Chit Chat 1 : Dalam Diri Ada Kesedaran Diri
Chit Chat 2 : Setiap Individu Sentiasa Bertanggungjawab
Chit Chat 3 : Fikir-fikir
Chit Chat 4 : Manusia Pantang Dicabar!!
Chit Chat 5 : Jatuh dan Bangun, Jatuh dan Bangun Semula
Chit Chat 6 : Sudah Malu Baru Sedar

CHAT GLOBAL 2 : MATLAMAT
Chit Chat 7 : Mengapa Matlamat itu Perlu?
Chit Chat 8 : Matlamat yang Baik dan Buruk
Chit Chat 9 : Pengaruh Matlamat yang Baik
Chit Chat 10 : Merancang

CHAT GLOBAL 3 : BERTINDAK UNTUK KEJAYAAN
Chit Chat 11 : Mulakan!
Chit Chat 12 : Fikir Dahulu Sebelum Buat
Chit Chat 13 : Belajar dengan Kebodohan
Chit Chat 14 : Tiada Usaha yang Terbuang
Chit Chat 15 : Hadkan Masa
Chit Chat 16 : Jangan Kenal Putus Asa

CHAT GLOBAL 4 : UJIAN DAN DUGAAN HIDUP
Chit Chat 17 : Kisah Bunga Ros
Chit Chat 18 : Tenang itu Matang
Chit Chat 19 : Kekuatan Remaja
Chit Chat 20 : Tangani Perasaan
Chit Chat 21 : Tanggungjawab Terlalu Banyak?
Chit Chat 22 : Kita Layak untuk Bertanggungjawab
Chit Chat 23 : Fikir Mengenai Diri
Chit Chat 24 : Kemalasan
Chit Chat 25 : Kawan-kawan
Chit Chat 26 : Keliru dengan Pilihan Hidup

CHAT GLOBAL 5 : TENTANG KEJAYAAN
Chit Chat 27 : Prinsip Kejayaan
Chit Chat 28 : Nikmat dan Syukur
Chit Chat 29 : Tentang Penerima Nikmat

CHAT GLOBAL 6 : PRINSIP BEKALAN HIDUP
Chit Chat 30 : Prinsip Bekalan Hidup
Chit Chat 31 : Tempuhi, Alami dan Pelajari
Chit Chat 32 : Jangan Asyik Mengeluh
Chit Chat 33 : Banyakkan Berdoa
Chit Chat 34 : Renungkan Nisbah Kesenangan Berbanding Kesusahan
Chit Chat 35 : Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

CHAT GLOBAL 7 : DIRI SEBENAR DAN DIRI IDEAL
Chit Chat 36 : Konsep Kendiri
Chit Chat 37 : Kendiri Sebenar
Chit Chat 38 : Penerimaan Diri
Chit Chat 39 : Kendiri Ideal
Chit Chat 40 : Membina Kendiri Ideal
Biodata Penulis

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us