Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Bantu Diri Remaja

Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat

Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat
Judul : Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat
Harga : RM14.90
Nombor siri : 3251208
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat
Pengarang : Mohd Fadzli Abu Bakar
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Remaja | Bantu Diri
Mukasurat : 200   halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9833603041


Anda kata anda mahu sahabat sejati. Tapi adakah anda sendiri sahabat sejati?

Sahabat adalah perangsang, penghibur, pembentuk dan segala-galanya di dalam hidup ini. Hanya yang membezakan sedikit atau banyaknya memperoleh manfaat persahabatan itu adalah bergantung pada ramainya sahabat di kalangan teman-temannya dan bagaimana dia menghayati hubungan persahabatannya untuk dimanfaatkan.

Mengapa perlunya saya mengaitkan hal ehwal persahabatan ini dengan motivasi remaja?
Jawapannya adalah kerana kehidupan remaja hampir keseluruhannya banyak melibatkan hubungan persahabatan. Dengan itu, persahabatan mempunyai hubungan yang signifikan dalam pembentukan peribadi seseorang di peringkat muda remaja. Begitu juga dengan banyak meramalkan keadaan masa depan kita.

Pada peringkat kanak-kanak, kita lebih banyak dibesarkan dan hidup dalam lingkungan serta didikan ibu bapa. Pada peringkat inilah dikatakan anak-anak itu ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Sikap dan motivasi seorang itu adalah benar-benar datang daripada didikan ibu bapanya.

Seterusnya bagi mereka yang berada di peringkat remaja, kehidupan dan kehendak mulai berubah apabila manusia mula memiliki sikap suka berdikari mengurus diri dan mempunyai kehendak serta keperluan menggali pengalaman hidup dengan sendiri. Pada peringkat itu juga remaja yang berada di peringkat persekolahan menengah dan pengajian tinggi mula cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa malah mereka digalakkan untuk cuba hidup sendiri.

Selain itu, perkembangan-perkembangan biasa yang dilalui oleh seorang remaja menjadikan remaja itu memerlukan pengaruh yang sihat dan bermanfaat.
Perkembangan yang membebankan termasuklah perkembangan mental, fizikal, emosi, bahasa dan sosial. Di dalam perkembangan ini, krisis di dalam diri remaja itu terjadi kerana dia cuba memperoleh identiti dan perkembangan personaliti pada masa itu. Sahabat adalah mereka yang boleh menarik perhatian untuk dijadikan sebagai pilihan gaya ikut-ikutan yang akhirnya akan terus menjadi personaliti kehidupan.

Dari sudut membangkitkan motivasi pula, sahabat adalah golongan yang mengisi kekosongan jiwa di samping dengan mengingati Tuhan dari sudut sebagai seorang hamba. Justeru, semangat yang diperoleh di samping meminta pertolongan daripada Tuhan adalah dorongan serta rangsangan sahabat.
Remaja lebih berani apabila merasakan apa yang dilakukannya tidak berseorangan dan disokong. Seseorang remaja jarang untuk berani tampil melakukan sesuatu yang dianggap besar. Mengejar sebuah kejayaan yang tinggi itu juga lebih lancar dan ceria sekiranya ditemani sahabat.

Alangkah baik sekiranya kesetiaan persahabatan itu digunakan untuk melakukan kebaikan dan khidmat kepada masyarakat. Masyarakat hari ini memandang dan mengharapkan sumbangan mereka. Masyarakat pasti kukuh sekiranya hubungan persahatan juga utuh.

Persahabatan itu sepatutnya diserapkan dengan nilai-nilai murni. Iaitu adab-adab kesopanan dan hormat-menghormati sesama manusia, kebersihan jiwa daripada sebarang penyakit hati, motivasi yang membangun semangat ke arah kebaikan serta kejayaan dan pembentukan sikap peribadi yang tinggi.

Teknik menghadapi konflik juga perlu diketahui supaya ketidaksefahaman yang sifatnya lumrah di dalam persahabatan itu tidaklah semakin memudaratkan. Biarlah hubungan persahabatan itu kekal dan semakin lama. Semakin lama ia terjalin, semakin bernilailah ia. Janganlah kerana hal yang kecil, persahabatan yang terjalin bertahun-tahun lamanya itu terhapus hanya dalam sehari.
Semoga apa yang kita renungkan bersama-sama ini dapat dimanfaatkan sebanyak mungkin. Mana yang baik itu, ambillah ia dengan sungguh-sungguh. Apa yang dirasakan kurang tepat, janganlah terus diluah dan apa yang buruk itu harap dijauhkan. Apa yang baik itu segalanya daripada Tuhan dan yang buruk itu adalah kelemahan daripada diri kita sendiri sebagai seorang manusia.

Kandungan

Chat Global 1 Tentang Sahabat

Chit Chat 1 Apa Itu Sahabat?
Chit Chat 2 Berkawan kerana Sesuatu!
Chit Chat 3 Perlukah Manfaatkan Persahabatan?
Chit Chat 4 Apa Kita Faham Tentang Persahabatan?
Chit Chat 5 Pilih Sahabat ataupun Pilih Cinta?
Chit Chat 6 Cinta kepada Tuhan

Chat Global 2 Asas Persahabatan

Chit Chat 7 Tolong-tolong Kawan
Chit Chat 8 Balasan daripada Pertolongan
Chit Chat 9 Berkatalah Benar Walaupun Pahit
Chit Chat 10 Percaya Sesama Kita
Chit Chat 11 Bagaimana Keikhlasan Kita?
Chit Chat 12 Jangan Jadi Pendengki
Chit Chat 13 Kebijaksanaan Sebagai Sahabat
Chit Chat 14 Rasionalkah Kita?
Chit Chat 15 Berkawan dengan Orang Berilmu
Chit Chat 16 Bersangka Baik
Chit Chat 17 Teruknya Syak Wasangka

Chat Global 3 Siapa Kawan-kawan Kita?

Chit Chat 18 Permulaan Persahabatan
Chit Chat 19 Pilih-pilih Kawan
Chit Chat 20 Kenalan kepada Sahabat
Chit Chat 21 Apabila Ada Dua Kesanggupan
Chit Chat 22 Syarat-syarat Persahabatan
Chit Chat 23 Persahabatan yang Mengundang Celaka
Chit Chat 24 Hakikat Persahabatan
Chit Chat 25 Permusuhan Itu Risiko?
Chit Chat 26 Kenali Sikap

Chat Global 4 Etika Sahabat

Chit Chat 27 Biar Sama Rasa
Chit Chat 28 Apabila Kawan Ditimpa Susah
Chit Chat 29 Apakah Pengorbanan Kita?
Chit Chat 30 Pinjamkan Telinga
Chit Chat 31 Gembira Sama Rasa
Chit Chat 32 Jauhi Penyakit Cemburu
Chit Chat 33 Menerima Teguran dengan Terbuka
Chit Chat 34 Biar Ada Cara
Chit Chat 35 Cara Biar Tulus
Chit Chat 36 Maruah Diri Orang Perlu Dijaga
Chit Chat 37 Apa Reaksi Kita Melihat Kejayaan Kawan?
Chit Chat 38 Usah Dengki, Fikir Kejayaan Sendiri
Chit Chat 39 Cari Orang Salah, Jangan Cari Salah Orang

Chat Global 5 Ada Apa dengan Sahabat?

Chit Chat 40 Apa yang Kita Peroleh?
Chit Chat 41 Memberi dan Menerima
Chit Chat 42 Semangat, Hiburan dan Dorongan
Chit Chat 43 Kerjasama untuk yang Terbaik
Chit Chat 44 Memperoleh dan Menggalakkan Kebaikan
Chit Chat 45 Rendah Diri dan Menghormati
Chit Chat 46 Apa yang Uniknya?

Biodata Penulis

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us