0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> UPSI

Citra Komsas

Citra Komsas
Judul : Citra Komsas
Harga :
RM25.00
Nombor siri : 3841112
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Citra Komsas
Pengarang : Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir
Penerbit : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Genre : Pendidikan
Mukasurat : 309  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9832620600


Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan 'komponen' dan 'kesusasteraan Melayu' .Komsas ialah komponen penting dalarn subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalarn subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

Berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa umumnya guru Bahasa Melayu kurang memaharni falsafah pengajaran dan pembelajaran komsas dalarn subjek Bahasa Melayu. Ada beberapa perkara yang mengelirukan mereka sehingga kajian yang dijalankan mendapati bahawa ada antara guru yang mengajar komsas dalam subjek Bahasa Melayu mengajarnya sama seperti mereka mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tulen.

Menyedari hakikat ini buku Citra Komsas ditulis khusus untuk memenuhi keperluan guru-guru sekolah menengah rendah dan menengah atas, bakal-bakal guru, pelajar-pelajar universiti, pelajar- pelajar maktab-maktab perguruan dan sesiapa yang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran komsas dalam memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.

Buku Citra Komsas ini mengandungi 12 bab dan disusun mengikut keutamaan bagi membincangkan pelbagai aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran komsas dalarn subjek Bahasa Melayu di sekolah bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPMB) . Contoh-contoh konkrit yang dipetik daripada genre kesusasteraan Melayu atau teks komsas seperti yang ditetapkan bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang berkaitan telah digunakan untuk memudahkan para pembaca memahami sesuatu idea atau konsep yang dibincangkan.

Pertama sekali buku ini membincangkan citra kesusasteraan, iaitu yang berkaitan dengan pengertian kesusasteraan, pendidikan kesusasteraan dan perkembangan kesusasteraan Melayu berserta dengan jenis-jenis pembahagian kesusasteraan Melayu waima daripada segi periodenya seperti kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, hasil dan bentuk. Di samping itu, dibincangkan juga tentang kesusasteraan dalam kurikulum, khususnya yang melibatkan antologi yang ditetapkan untuk seluruh negara, senarai novel mengikut zon dan negeri dan enam genre bahan teks yang harus dikuasai.

Bab 2 ialah bab citra prosa yang menyentuh konsep prosa, iaitu prosa Melayu tradisional dan prosa Melayu moden. Mengenai prosa Melayu tradisional, pemeriannya adalah tentang jenis prosa lisan dan tulisan tradisional, ciri dan fungsinya. Manakala yang digambarkan tentang prosa Melayu moden meliputi genre cerpen, novel dan drama.

Bab 3 ialah bab citra puisi, iaitu perbincangan yang didahului dengan konsep puisi, diikuti dengan huraian tentang jenis dan ciri puisi Melayu tradisional yang melibatkan pantun, syair, seloka dan gurindam seperti yang tersenarai dalam antologi yang ditetapkan untuk seluruh negara. Akhir sekali yang disentuh dalam bab ini adalah tentang puisi Melayu moden yang juga seperti yang disenaraikan dalam antologi yang ditetapkan untuk seluruh negara.

Bab 4 pula ialah bab tentang Pendidikan Bahasa Melayu dan perbincangan secara menyeluruh tentang komsas yang meliputi sejarah komsas khususnya pratahun dan pascatahun 2003.

Bab 5 dan 6 ialah bab yang membincangkan tanggungjawab, kepentingan dan pengetahuan guru komsas dan hubungannya dengan pencipta, alam, masyarakat, karya dan unsur-unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Bab 7 ialah bab citra kajian pratahun 2003 yang berupa kajian empirikal yang dihasilkan di dalam dan luar negara Malaysia. Manakala Bab 8 ialah bab yang membincangkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah pascatahun 2003. Antara lain yang dibincangkan da1arn bab ini ialah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) larna dan baru. Di sarnping itu, dibincangkan juga Objektif Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Objektif Bahasa Melayu setiap tingkatan, termasuklah juga pemerian tentang Hasil Pembelajaran yang melibatkan tiga bidang, iaitu Interpersonal, Maklumat dan Estetik.

Bab 9 ialah bab yang menyentuh pendekatan pengajaran komsas yang merangkumi pendekatan deduktif, induktif, eklektik dan komunikatif dan guru boleb menilai dan memilih mana-mana pendekatan yang terbaik untuk mengajar murid-muridnya, di samping menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah ajuk hafal, kaedab terjemah dan kaedah bacaan yang terdapat dalarn buku ini.

Selain itu, buku ini juga membincangkan perihal tugas-tugas guru yang mengajar Bahasa Melayu, contohnya seperti guru sebagai penggerak, sebagai pembimbing, sebagai penasihat dan sebagainya yang dapat membantu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan. Apa yang lebib praktik lagi ialab buku ini dilengkapkan dengan contoh-contoh persediaan mengajar mata pelajaran komsas dengan pelbagai bahan seperti prosa dan puisi mengikut format terkini berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM). Persediaan mengajar ini dapat membantu para guru dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyempurnakan lagi hasil kerja mereka.

Akhir sekali buku Citra Komsas ini diharap sangat akan dapat mencetuskan renungan dan perbincangan yang bermanfaat tentang program komsas pada kalangan pensyarah universiti, guru Bahasa Melayu, bakal guru dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan maktab-maktab perguruan.