Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Merantau Ke Deli
Cinta Fansuri
Ayat-ayat Cinta
>Koleksi / Direktori Penulis>A. Samad Said

Dari Salina ke Langit Petang

Dari Salina ke Langit Petang
Judul : Dari Salina ke Langit Petang
Harga : RM15.00
Nombor siri : 2747120
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Dari Salina ke Langit Petang
Pengarang : A. Samad Said
Penerbit : Wira Bukit Sdn Bhd
Genre : Esei / Autobiografi
Mukasurat : 112  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9834119669
Edisi Santai (Kulit Nipis)


Tidak ramai manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka. Makanya, dengan caranya sendiri, dengan kehalusan seninya dan kekayaan daya imaginasi dan pemikirannya, penulis yang seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada sesiapa saja yang meresapi atau menghayati karyanya.


Buku Dari Abad Lalu....

Dari Salina ke Langit Petang adalah satu-satunya buku saya yang tidak diulangcetak selama dua dekad. Sebagai sebuah autobiografi seni ia menekuni jalan awal saya ke dunia kesusasteraan sejak dekad lima puluhan abad lalu. Hampir tidak ada yang disembunyikan di sini sehingga jika seseorang rajin dan tekun menelitinya, ia akan sekali lalu dapat menyerapi dunia seorang sasterawan yang seniman dengan segala rahsia kehidupan dan seninya.

Dalam buku ini secara tekun saya cuba menjejaki kembali tapak-tapak awal saya meredahi ? dan kemudiannya melestarikan ? dunia kehidupan dan seni. Sejak awal seorang ibu menyuapkan nasi ke mulut anaknya dengan iringan kisah Batu Belah Batu Bertangkup membawa kemudiannya kepada anak itu sendiri mencari dan memilih pula bahan-bahan bacaannya, segalanya dirakamkan semesra mungkin dalam Dari Salina ke Langit Petang.

Banyak rahsia asas saya sebagai penulis tertumpah secara bersahaja dalam buku cornel ini. Apa yang memancing saya untuk masuk ke dunia sastera; siapa yang mempengaruhi ghairah seni saya; buku-buku apa yang mematangkan saya secara bertingkat; apa yang dapat saya timba daripada samudera seni dalam dan luar negara ? semua ini terhimpun secara santun dalam buku yang sangat sederhana ini.

Tidak ada satu pun yang dirobah ? maksudnya, kandungan buku ini terhidang seperti seasal abad lalu ia ditulis. Sengaja saya lakukan ini untuk mengekalkan segala jalur fikir, lebih-lebih lagi ragam langgam bahasa, sasterawan abad lalu. Kerana pengekalan semangat itu jugalah maka akan tersualah kita beberapa kesilapan fakta kecil (antaranya, masih diperkekal nama Zuraidah dan Yazid dalam manuskrip awal Langit Petang, padahal Zuraidah telah bertukar menjadi Zakiah, sementara Yazid pula telah mengambil nama Hafiz).

Yang penting rasanya ialah jelas sekali Dari Salina ke Langit Petang terisi dengan sebanyak pengalaman dan pengetahuan penting bagi para pembaca, khususnya bagi para penulis.

Selama dua puluh tahun buku ini terbengkalai secara "sia-sia". Kini ia mendapat nafasnya kembali. Dan memang pun saya berharap buku yang tertulis dalam abad lalu ini akan lebih bererti kepada pembaca dan penulis abad ini.

A.SAMAD SAID


Kandungan

I     Kisah Dari Empat Penjuru
II    Jalan Awal ke Buku
III   Ilham, Ilham di Mana Kau?
IV   Awan-awan Yang Terapung
v   Rel Kereta Api di Dalam Semak
VI    Salina: Dari Subuh ke Subuh
VII   Sungai Lesu Berpindah Muara
VIII   Langit Petang di Dalam Bilik
IX    Jalan Panjang ke Ufuk Baru



 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us