|
Judul : Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian Pengarang : Dato' Dr. Haron Din, Hassan Din, Ishak Din, Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Kategori : Islam & Spiritual | Amalan Harian Mukasurat : 320 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9833604226
Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.
Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:
1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan: Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang? Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal? Mengapakah kita dimatikan?
2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.
3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?
Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.
Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini? Kata-kata Aluan Kata Pengantar
Bab 1 Najis dan Penyuciannya Bab 2 Air dan Alat Bersuci Bab 3 Istinjak Bab 4 Hadas Kecil dan Berwuduk Bab 5 Tayamum Bab 6 Mandi Bab 7 Solat Bab 8 Sunat-sunat Solat Bab 9 Sah dan Batal Solat Bab 10 Solat-solat Sunat
Bab 11 Solat Berjemaah Bab 12 Solat Jumaat Bab 13 Solat dalam Perjalanan Bab 14 Sujud-sujud dalam Islam Bab 15 Pengurusan Jenazah Bab 16 Puasa Bab 17 Lailatulqadar Bab 18 Hari Raya Bab 19 Korban dan Akikah Bab 20 Zakat
Bab 21 Zakat Harta Bab 22 Sedekah Bab 23 Haji dan Umrah Bab 24 Masalah-masalah Berkenaan Dam Bab 25 Masalah Umum Haji Bab 26 Munakahat Bab 27 Perempuan yang Haram Dikahwini Bab 28 Talak dan Perceraian Bab 29 Masalah-masalah Umum
Penutup
|