|
Judul : Dejavu Seorang Perempuan Pengarang : Ismail Kassan Penerbit : Saroja Hyatt Corporation Sdn Bhd Genre : Drama Mukasurat : 128 halaman Cetakan Pertama : 2001
Dejavu Seorang Perempuan mengandungi dua buah drama pentas iaitu "Dejavu Seorang Perempuan" dan "Kilung Musung", iaitu sebuah drama sejarah Negeri Selangor, yang teklah dipentaskan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2000.
Dejavu Seorang Perempuan berkisar tentang kehidupan masyarakat di sebuah daerah yang menjadi tempat penjenayah dibuang daerah. Drama ini cuba menyingkap kemanusiaan dari sisi gelap pergaulan sosial golongan mahrean, di mana golonan yang dimangsai oleh prejudis sosial seperti wanita GRO, bekas banduan dan pendatang, seringkali menghadapi kepayahan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka juga mempunyai naluri kemanusiaan seperti orang lain. Bezanya mereka pernah tergelincir dan melakukan kesilapan tetapi kekal di ingatan masyarakat yang sukar meneriam mereka
Prasangka terhadap diri Nora sebagai GRO oleh Rohana yang keliru dengan mesej dejavunya menunjangi cerita ini. Imej Nora yang hitam ditanggapi secara negatif oleh Rohana sehingga menimbulakn kebenciaan dan prasangka buruk . Dejavu seorang perempuan adalah sebuah drama realis yang mudah tetapi berintikan falsafah.
|