|
Judul : Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu Penyelenggara : Nor Azah Abd. Aziz Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Antologi Cerpen, Puisi, Kajian & Rencana Sastera Mukasurat : Cetakan Pertama : 2005
Antologi ini menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004, iaitu : 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah rencana sastera dan sebuah kajian sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang mapan, si samping pengarang generasi baru.
Karya-karya yang multigenre itu memperlihatkan kecenderungan memilik subjek tentang penanjakan kerohanian serta kegemilangan bangsa dan jati diri, diseraya dengan mesej mempertahan dan memperjuangkan moraliti dalam kehidupan. Karya-karya tersebut terhantar secara bervariasi, dari segi bentuk dan teknik; dengan bahasa yang mantap; disarati muatan ilmu, diselit unsur kecindan, ironi, sinikal; mencuit sukma dan menguja daya taakulan.
Puisi "Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu" yang menjuduli antologi ini menayang layar, menterjemah butir dusta peluru terampuh menghunjam peribadi.
|