|
Judul : Dinding, Cermin, Nur Penerbit : Utusan Publishing & Distributors Genre : Kumpulan Cerpen Remaja Mukasurat : 151 halaman Cetakan Pertama : 2001
Dinding, Cermin, Nur menggandingkan pengarang generasi baru dan kawakan, pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000. Mengunakan multiteknik, cerpen-cerpen yang terhimpun dalam antologi ini membawa persoalan pelbagai, terkini dan mencabar - daripada psikologi remaja, keagamaan, kasih sayang, kejiranan dan keinsafan. Sebuah drama retrospektif, "Dinding, Cermin, Nur" menjenguk jauh ke dalam diri. Sarat muatan falsafah kebenaran, kebebasan, keluhuran, kezaliman, ia mengundang khalayak mentafsir dengan berani: Apakah dinding, cermin, nur wahana eskapisme? Cermin memantul, meneluskan: Bahawa dinding dan jeriji memenjara kebebasan fizik; tidak selain itu - kebebasan tidak terkekang. Uh!
|