|
Judul : Falsafah Hidup Pengarang : Prof Dr. Hamka Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd Genre : Esei Mukasurat :489 halaman Cetakan Kedua : 2006 ISBN : 9839422480
Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.
Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.
Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.
Kandungan
Pengantar penerbit Pengantar penerbit PT Pustaka Panjimas Persembahan ekpada TUan Guru A.R. Sutan mansur Guruku A.R. Sutan Mansur Pengantar Falsafah Hidup
BAB -1
Hidup Akal untuk manusia Mengatur kerja Akal Alamat Timbangan orang berala Memperhalusi akal Tanda orang berakal Guna akal
BAB - 2
Ilmu dan akal Tujuan akal Akal dan hawa Perjuangan akal dan hawa nafsu Jahil Keutamaan Ilmu
BAB - 3
Undang-undang Islam Keutamaan Cinta Buah keutamaan budi Didikan keutamaan Keutamaan dan kewajipan Perangai utama menurut anjuran Islam
BAB - 4
Adab Kesopanan Adab diri terhadap makhluk Beberapa contoh kesopanan dalam Islam Kesopanan terhadap Rasulullah (s.a.w.) Kesopanan terhadap Tuhan Kemenangan
BAB - 5
Sederhana Sederhana niat dan tujuan Sederhana berfikir Sederhana mengeluarkan perasaan Sederhana keperluan hidup Sederhana dalam sukacita Sederhana pada harta benda Sederhana mencari nama Sederhana mencari pangkat Didikan kesederhanaan
BAB - 6
Berani Keberanian budi Buah keberanian Dengan keberanian mencapai kemerdekaan Kemuliaan Muru'ah Cita-cita Percaya kepada diri sendiri
BAB - 7
Keadilan Kemerdekaan menyatakan fikiran kemerdekaan beragama Apa sebab pemisahan gereja dengan negara? Di manakah pemisahan agama dengan negara ? Negara-negara moden yang berdiri kerana agama Lahirnya Pancasila di Indonesia Islam dan negara Kemerdekaan hak milik Agama dan kesaktian Hikmat dan keadilan Keadilan dan pemegang pemerintahan Bagaimana supaya kita merdeka ?
BAB - 8
Persahabatan Mencari Sahabat Persahabatan dan perempuan
BAB - 9
Islam Membentuk Pandangan Hidup Kesimpulan
|