|
Judul : Falsafah Ketuhanan Pengarang : Prof Dr. Hamka Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd Genre : Esei Mukasurat :178 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9839422766
Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. ADa kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.
Maka yang mula-mula timbul pada manusia itu adalah perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai Alam ini. Dia yang mengatur dan menyusun perjalanannya. Dia yang menjadikan segalanya. Dia Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu yang ada.
Kesan pertama bahawa Ada Yang Maha Kuasa itu meratalah pada segenap manusia. Kerana kesan inilah yang tumbuh bilamana akalnya sudah mulai berjalan. bahawasanya ada sesuatu kekuatan tersembunyi di latar yang nampak ini. Yang selalu dirasai adanya, tetapi tidak dapat ditunjukkan tempatnya. Tidaklah pernah terpisah perasaan ini, walaupun bagaimana kepintaran manusia ataupun dia masih berfikir sederhana. Pada zaman akal itu mulai bertumbuh (primitif), khayalnya akan adanya yang ada itu diberinya berupa, menjadi perlambangan daripada perasaannya sendiri.
Kandungan
Pengantar Penerbit Manusia dan Agama yang ada Penyelidikan Ahli-ahli Alam Falsafah Agama Fitrah dan Islam Iman, Akal & Taklid Dari Sudut yang mana Mencari Tuhan (segi keindahan) Fikiran, Ilmu dan Falsafah Apakah Hidup Itu? Jalan Tasauf Allah Tuntutan Fitrah Bersih Dari Pengaruh Lain Allah Wujud Empat Dalil Kepercayaan Kepada Tuhan dan Filsuf Tuhan Ada Mengapa Tidak Percaya Dialah yang Dahulu Dan Yang AKhir Tak ada yang Menyerupainya Kaya (berdiri sendirinya) Wahdaniyat (keesaan yang Mutlak) Tauhid yang Ikhlas Syirik I Syirik II Membesarkan Kubur dan Tawassul Tawassul dan Wasilah Kudrat dan Iradat Iradat Hikmat Al-Hayat Al-`Ilm As-Sam`u Al-Basharu (Pendengaran dan Penglihatan) Al-Kalam (Perkataan) Mencari Tuhan Dalam Keindahan Alam
|