|
Judul : Farris Putera Yang Hilang Pengarang : Nisah Haji Haron Penerbit : MEP Educational Consult Sdn Bhd Genre : Novel Kanak-Kanak Mukasurat : 84 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833113095
Putera Farris Mustapha seolah-olah tidak percaya dengan berita yang diterimanya daripada Perdana Menteri negara Suria Zabarjad. Sedih, marah, bimbang dan sesekali rasa seperti mahu menangis apabila mengingati akan beban dan tanggungjawab yang akan dipikulnya.
Walaupun berat untuk meninggalkan bonda, adinda-adinda, lebih-lebih lagi ayahandanya yang sedang gering namun beliau telah nekad untuk mengembara dan hidup bebas dari kongkongan istana. Beliau ingin merasai keseronokan zaman remaja yang dirindui selama ini.
Pelbagai pengalaman berharga dilalui sepanjang pengembaraan. Pertemuan dengan orang tua berjanggut putih yang penuh misteri lebih bermakna lagi walaupun di benak fikirannya tertanam seribu persoalan dan dilema. Kejadian aneh dan juga cabaran yang dilalui seolah-olah mengajarnya erti kehidupan dan kedewasaan.
Sanggupkah Putera Farris mengorbankan sesuatu yang amat disayanginya demi kepentingan diri? Tercapaikah hasrat Putera Farris untuk lari dari kongkongan istana? Apa pula yang akan terjadi kepada Suria Zabarjad dan siapakah sebenarnya orang tua yang menemani Putera Farris?
Siri Novel Kanak-kanak FARRIS PUTERA YANG HILANG ini adalah bahan bacaan berbentuk cerita yang amat menarik berserta dengan ilustrasi berwarna pada setiap halaman. Amat sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.
Kandungan
1. Menjadi Putera Mahkota
2. Melarikan Diri
3. Pengalaman Pertama
4. Teman Seiring Jalan
5. Membongkar Rahsia
6. Kampung Aneh
7. Puteri Semendarasa Dewi
8. Cermin Ajaib di Gua Kristal
9. Hadiah Pengorbanan
10. Penawar Rindu
|