|
Judul : Fonetik dan Fonologi Pengarang : Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar, Indirawati Zahid, Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Genre : Pendidikan | Bahasa dan Linguistik Mukasurat : 178 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9833585639
Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik, dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.
Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini dapat dianggap sebagai pelengkap kepada buku-buku yang terdahulu yang membincangkan kedua-dua bidang ini. Dari aspek yang paling dasar dalam kedua-dua bidang ini seperti cakupan bidang, bunyi-bunyi bahasa dan fitur pembezanya, perbincangan juga tertumpu kepada minat semasa, iaitu kajian fonetik akustik dan kaedah kajian eksperimental.
Sesuai dengan era semasa, kaedah eksperimental kajian fonetik yang dibincangkan, diperlihatkan dengan grafik dan disertai dengan penerangan kepada setiap prosedur yang diambil semasa analisis. Sehubungan dengan itu, pengaruh aspek ini kemudiannya dihubungkan dalam topik prosodi yang dikaitkan dengan kesantunan dalam komunikasi bahasa Melayu.
Yang menariknya, hasil kaedah eksperimental ini dikatakan telah menolak dapatan lampau yang selama ini tidak pernah dipertikaikan, iaitu penyataan intonasi ayat penyata yang dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Sekali lagi, ini merupakan perkongsian maklumat yang penting untuk pengguna bahasa Melayu bahawa kaedah kajian lampau, iaitu impresionistik tidak kesemuanya yang boleh diterima pakai sehingga hari ini. Dan kerana itulah dikatakan buku ini sebagai pelengkap kepada buku-buku yang sedia ada sebelum ini.
Dengan menggunakan korpus bahasa Melayu per se sebagai asas, khalayak sasaran buku ini pastilah para pelajar sekolah, maktab dan universiti selain guru, pengajar dan pensyarahnya. Hasrat utama penulis, buku ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada khalayak sasaran di samping membantu proses pengajaran dan pemelajaran. Grafik-grafik telah disediakan pada bab-bab yang berkenaan manakala setiap bab yang telah dibincangkan diikuti dengan latihan bagi menguji kefahaman dan kesediaan menambah ilmu bagi soalan-soalan yang bersifat eksplorasi.
Diakui kehadiran buku ini di pasaran tidak sesekali menafikan kehebatan buku-buku dan kajian masa lalu dan kini yang secara langsung dan tidak langsung telah digunakan sebagai sumber rujukan. Dengan hasrat memperkaya pengetahuan dan berkongsi maklumat, semoga buku ini memberikan manfaat kepada semua.
Kandungan
Bab 1: Kandungan Bab 2: Prakata 1.1 Apakah yang Dikatakan Ilmu Fonetik? Bab 1: Pengenalan Fonetik dan Fonologi 1.2 Perbezaan Fonetik dengan Fonologi 1.3 Bidang-bidang Fonetik 1.4 Ringkasan 2.1 Pengenalan 2.2 Fonetik Akustik di Malaysia Bab 2: Kajian Fonetik Akustik 2.3 Fonetik Akustik di Indonesia 2.4 Pengajaran Fonetik di Indonesia dan Malaysia 2.5 Ringkasan 3.1 Tiga Jenis Alat Artikulasi 3.2 Alat-alat Bahagian dalam Tubuh Bab 3: Alat Artikulasi 3.3 Alat-alat Artikulasi 3.4. Daerah Artikulasi 3.5 Pelabelan Bunyi Bahasa 4. 1 Bunyi Bahasa dan Bukan Bahasa 4.2 Bunyi Vokal Bab 4: Bunyi Bahasa 4.3 Bunyi Diftong 4.4 Bunyi Konsonan 4.5 Carta Konsonan Melayu 4.6 Ringkasan 5.1 Dari Fonetik Impresionistik ke Eksperimental Bab 5: Fonetik Eksperimental 5.2 Fonetik Eksperimental 5.3 Prosedur Kajian Eksperimental 5.4 Ringkasan 6.1 Fisiologi dan Fonetik Artikulasi Bab 6: Fonetik Akustik 6.2 Fonetik Akustik 6.3 Fungsi dan Peranan Peralatan Makmal 6.4 Alatan Menganalisis Input Akustik 6.5 Alat Menganalisis Output 6.6 Ringkasan 7.1 Pengenalan 7.2 Bunyi-bunyi Periodik dan Aperiodik Bab 7: Analisis Spektrografi Vokal dan Konsonan 7.3 Vokal dan Konsonan Menurut Artikulasi 7.4 Spektrografi dan Spektrogram 7.5 Ringkasan 8.1 Definisi Prosodi Bab 8: Prosodi 8.2 Peranan Intonasi 8.3 Intonasi dalam Sintaksis Bahasa Melayu 8.4 Kepentingan Intonasi dalam Pengajaran 8.5 Kaedah Pengajaran 8.6 Intonasi dan Kesantunan 8.7 Langkah Susulan 8.8 Ringkasan 9.1 Fonem Penggalan dan Fitur Distingtif 9.2 Fitur Distingtif Bab 9: Analisis Fitur Distingtif 9.3 Bunyi-bunyi dan Fiturnya 9.4 Fitur Distingtif yang Perlu 9.5 Fitur Distingtif Fonem Bahasa Melayu Johor 9.6 Ringkasan 10.1 Fonem Bahasa Melayu 10.2 Fonem Vokal Bab 10: Fonem Vokal dan Konsonan Melayu 10.3 Fonem Konsonan 10.4 Konsonan Pinjaman 10.5 Ejaan Rumi Baharu 10.6 Ringkasan Bab 11: Bibliografi Bab 1: Indeks
|