|
Judul : Gelodak Penyelenggara : Razali Endun & Dinsman Penerbit : Badan Penulis Dan Karyawan Kreatif (PIKIR) Genre : Antologi Puisi Mukasurat : 128 halaman Cetakan Pertama : 2003 ISBN : 9834111819
Beberapa peristiwa yang mengharukan di penghujung abad ke-20 kiranya telah menyentuh sensitiviti sebahagian penyair, baik yang muda mahupun yang telah melepasi usia muda. Justeru peristiwa-peristiwa itu dirakamkan dalam puisi, mengikut perspektif masing-masing. Sastera adalah kemanusiaan, kerana kemanusiaan merupakan sumber sastera itu sendiri. Sastera juga menjadi alat perakam peristiwa, pada ketika dan masanya. Oleh itu peristiwa-peristiwa di penghujung abad lalu, yang begitu menyentuh sensitiviti kemanusiaan, telah dirakamkan para penyair dalam puisi-puisi mereka. Ada yang bernada keras, ada yang bernada lembut dan ada yang menyembunyikan makna di sebalik kata. Apapun gaya bahasa yang digunakan, matlamat dan tujuannya kelihatan sama. Seramai 20 penyair daripada pelbagai profesyen dan peringkat umur telah menghantar puisi-puisi mereka untuk diantologikan. Ada antara mereka sudah menempah nama dalam persada sastera, ada yang masih baru, ada yang tenggelam timbul dan ada yang sedang mencuba-cuba. Justeru terkesanlah pelbagai gaya dan pendekatan dalam antologi ini. Sayang hanya seorang sahaja penyair wanita yang turut serta. Sejumlah 66 buah puisi yang dikumpulkan dalam buku ini nampaknya menjadi medium melahirkan gelodak rasa penyair berkenaan. Puisi-puisi ini bukan puisi protes, tetapi adalah puisi kemanusiaan. Inilah antologi puisi pertama yang dihasilkan oleh PIKlR (Persatuan Penulis dan Karyawan Kreatif), yang dianggotai oleh beberapa penulis dan karyawan kreatif tanahair. Meskipun sudah dua kali mengadakan Majlis Baca Puisi, usaha membukukan karya ini adalah kali pertama.
Kandungan
1 Abi Alfikri Cukuplah Kejapkan Akar Tradisimu di Tanah Hakiki ini
2 Abmad J Husein Sesekali Melewati Ceruk To' Kun Di Tengah Kekalutan Siasah Tentang Diriku Masakini
3 Abmad Kurtubi Reformasi Gugurnya Ayam Tambatan
4 Arbak Othman Perginya Seorang Kekasih Siapa Kata Melayu Tak Bersatu? Janji Anak Buat Ibu, Ibu Buat Anak
5 Bakri Abadi The Royal Circus of India Lembing Awang pulang ke Dayang Merpati Putih di Nila Biru
6 Dino SS Kenang-kenangan Anwar Kepada Bosnya yang Sangat Dia Sanjungi, Sayangi dan Hormati Kepada Rahim Noor Surat Kepada Mahathir
7 Dinsman Puisi Untuk Sultan Salahuddin dan Permaisuri KMM Dosa-dosa Pembohongan Macam Orang Gila (2) Pelajarku
8 HMS Abu Bakar Bangunlah Sumpah Keramat 2000 Tokoh Ma'al Hijrah A Crazy Nut
9 Irwan Abu Bakar Ku Sunting Mawar Penjara Akrofobia Perkuburan 21 Peniaga Kebebasan
10 Kamaludin Mohd Tahir Pendita Dia Yang Pergi
11 Md Zainuddin Abd Rahman Sejak Bapak Kahwin Lagi Begitukah Peribadi Primadona? Marhaen Tidak Mahu
12 Nash Lorong Perjalanan
13 Nassury Ibrahim Lelaki Dari Tanah Emas Kita Tidak Lagi Punya Cinta Sajak Dari Rumah Hospital
14 Pakman Shah Alam Adakah Anda Tahu? Bangsa Melayu Jangan Lupa Tinggal Kenangan Salam Reformasi
15 R A Rahman Bebaskan Impian '70
16 Raja Yusof Ariffin Dirgabayu Seorang Narapidana Bukan Kerana Gagal Catatan Dari Bauran Rasa
17 Razali Endun Melayu Haprak! Puisi Tuanku Buat Dinsman! Kampungku Di Penghujung Perjalanan Ini Bas Mini
18 Sahariza Baharudin Susu Yang Masih di Hutan Sang Politikus Tangisan Awan
19 Shukri Abdullah Kota Silap Mata Tukang Silap Mata Sang Penguasa Rimba Raya Mata-Mata Berguru Pada Kezaliman Pengganas
20 Zunar Tok Ampoo Lafaz Cinta Untuk FAZ
|