|
Judul : Glosari Seni : Istilah Kesenian Melayu Pengarang : Rahmah Bujang, Prof Datin Dr. Penerbit : Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Genre : Bahasa Mukasurat : 169 halaman Cetakan Pertama : 2003 ISBN : 9832085551
Buku ini merupakan karya yang berusaha mendaftarkan glosari seni dalam bentuk istilah-istilah yang khusus untuk ilmu kesenian, iaitu istilah yang telah digunakan sejak mula oleh orang Melayu terutama dalam penggunaannya secara tradisi. Buku ini juga memasukkan daftar Istilah yang dirujuk daripada pelbagai hasil buku lain, kerana hakikatnya pelbagai istilah seni telah bukan sahaja secara tradisinya diamal dan diguna pakai dalam bahasa Melayu tetapi juga terdapat perkembangan keilmuannya yang berturutan dengan perkembangan keberhasilan dan kreativiti kesenian itu sendiri bagi alam Melayu.Sementara itu buku berkenaan seni dan seni Melayu sudah sangat banyak terdapat untuk memudahkan penggalian maklumat istilah yang digunakan didalamnya; sama ada buku yang tumpuan kandungannya bentuk dokumentasi hasil seni, sejarah dan teori seni, atau kajian berkenaan sesatu aspek dan bentuk kesenian itu.
Buku istilah ini menggunakan senarai berdasarkan abjad A hingga Z . Tumpuan utama pengisian istilah ialah untuk melengkapkan dalam satu kompilasi akan istilah-istilah yang terdapat dalam kesenian Melayu supaya mudah dirujuk oieh pengkaji dan peminat kesenian. Turut disertakan, pada mana-mana bahagian yang relevan, dalam tanda kurungan bersama-sama istilah Melayunya ialah istilah dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain mengikut kewajarannya.
Faktor keluasan maklumat serta kegiatan kesenian pada sejagat dan setempat menjadi pertimbangan utama dalam memberi perspektif kepada buku istilah ini. Seterusnya bahawa maklumat serta kegiatan yang ada itu bersifat generik kepada dua tumpuan bidang kreativitinya, iaitu kepada bidang seni rupa dan seni persembahan adalah faktor lain yang turut diambii kira
Buku istilah ini berhasrat menyatukan semua aspek kesenian dengan memperkenalkannya secara menyeluruh, tanpa membezakan generik seni rupa dan seni persembahan, agar melalui daftar istilah yang diturunkan melalui buku ini terkesan kesenian sebagai bidang pengetahuan yang bersandarkan teori dan keilmuan, mempunyai aliran dan pegangan, berasaskan kegiatan dan kreativiti, serta pelbagai dan dinamik keberhasilannya.
Buku istilah ini dikawal dalam konteks kesenian yang mendinamikkan alam Melayu sahaja. Tetapi dari sudut sejarah serta kewibawaan, tempat kegiatan ini berlaku akan dikaitkan juga kepentingannya dengan negara-negara lain. Oleh itu ada antara istilah-istilah tersebut diiringi dalam tanda kurungan dengan istilah Inggeris kerana faktor ini, dan juga untuk memudahkan pengkaji dan pembaca melanjutkan usaha rnencari maklumat yang lebih mendalam berkenaannya.
|